Terpanggil untuk menulis lepas sekian lama tinggalkan blog yang bersawang ni. Minggu terdekat ni dipilih untuk beri tazkirah Jumaat. Terfikir2 nak memilih tajuk apa. Kalau boleh penyampaian walaupun lima ke sepuluh minit tu biarlah dapat memberi kesan ke hati-hati orang-orang yang mendengarnya. Mana tau ada hati yang terkesan kan.. Kebetulan kita nak menuju dan dah nak hampir masuk ke bulan Zulhijjah. Dan kalau sebut Zulhijjah, dah tentu kita ingat tarikh 10 Zulhijjah, tarikh kebesaran Umat Islam, Hari Raya Korban, atau Hari Raya Haji, atau Hari Raya Aidil Adha. Zulhijjah termasuk dia antara 4 bulan yang haram (diharamkan Allah dari berperang kecuali terdesak) yang mempunyai banyak kesitimewaan yang tidak ada di bulan-bulan lain. Antaranya sebagaimana kita ketahui di dalamnya terdapat amalan Haji, amalan Kurban, Solat AidilAdha, memperbanyakkan zikir pada hari-hari tashriq (11, 12, 13 Zulhijjah) serta amalan-amalan Sunat yang lain. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan
beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh
ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” Walaubagaimana pun di kesempatan ini, saya rasa teringin nak menulis lebih lanjut iktibar kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail yang bagi saya sangat menyentuh hati. UJIAN ITU TARBIYAH ALLAH Seringkali bila kita meraikan Hari Raya Aidil Adha, sana sini biasanya kita dengar akan bercerita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim . Baik ketika khutbah raya, atau ceramah-ceramah di TV, selalu kita dengar kisah ni. Namun sejauhmana kita betul-betul menghayati kisah ini. Kisah ini boleh ditelusuri bila kita menyelak Quran dan pergi ke Surah Ash Shaaffat ayat 100 hingga 111. Bacalah dengan penghayatan sepenuhnya kisah ini. Percayalah andai kita benar-benar hayati kisah seorang ayah dan anak ini, hati kecil kita pasti terkesan dan tersentuh dengan erti sebenar keyakinan dan tawakal, kesabaran, serta ketaatan kepada Allah s.w.t. Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ibrahim adalah antara Nabi yang banyak menerima ujian-ujian besar dari Allah s.w.t. Ujian pertama yang
diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu
didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada
waktu itu telah pun lanjut. Meskipun Nabi Ibrahim telah merasakan bahwa usianya semakin lanjut dan
tubuhnnya semakin lemah,baginda tetap sabar dan senantiasa berdo’a agar
Allah segera mengurniakan seorang anak kepadanya. Baginda sangat berharap
kehadiran seorang anak akan meneruskan misi dakwahnya di muka bumi ini.
Dan ia pun terus berdo’a kepada Allah tanpa berputus asa ; "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orangyang soleh." (100) 100. Ya Tuhanku,
anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang
saleh.
Ayat ini menerangkan bahawa jika kita meminta kepada Allah maka Dia
akan kabulkan permintaan kita. Cuma cepat atau lambat. Allah mahu
melihat makhluknya berdoa, berusaha dan betawakal kepadaNya dan melihat
hambanya melakukan amalan yang baik. maka Allah memberi anak kepada
baginda Nabi Ismail a.s ,melalui isteri keduanya Siti Hajar. Kegembiraan
kerana mendapat anak merupakan berita yang dinantikan oleh setiap
pasangan suami isteri. Tetapi kenapa sekarang ramai yang membuang bayi
sesuka hati? dan tidak kurang yang mendera kanak-kanak?
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNIC
Ayat ini sekiranya kita mahu mengambil iktibar, sesungguhnya lambat atau cepat, Allah itu tetap akan mengakbulkan permintaan kita. Allah mahu melihat kita bersabar, berusaha, bertawakkal dan melakukan amal saleh kepadaNya. "..Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan.." (Ghafir : 60) Akhirnya selepas sekian lama berdoa dengan penuh pengharapan dan penuh kesabaran, Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim seorang anak melalui isteri keduanya Siti Hajar.
"Maka Kami
beri Dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar."(101)
Dan anak yang ditunggu-tunggu sekian lama ini diberi nama Ismail.
101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283]. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Ismail pun membesar menjadi seorang anak yang baik dan
saleh. Ia sangat taat dan menghormati orang tuanya. Ia juga menjadi
seorang anak yang rajin beribadah kepada Allah sebagaimana ayahnya,Nabi Ibrahim. Namun, tibalah ketika Allah s.w.t ingin mengujinya untuk kali kedua. Dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda.
Allah telah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Allahuakbar. Apakah perasaan kita sebagai seorang bapa atau ibu jika diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangan sendiri. Sanggupkah kita melakukannya walaupun kita pasti ianya perintah dari Allah s.w.t. Namun tidak bagi Nabi Allah Ibrahim. Setelah hati beliau penuh rasa yakin akan perintah Allah tersebut, ia
pun segera berjumpa dengan anaknya Ismail. Dengan bahasa dan kata-kata lembut,
beliau mengutarakan apa yang harus dilakukan terhadapnya, tentang dirinya
yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail. "...Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?.." (102) Dan kemudian saat mendengar jawapan Ismail, Nabi
Ibrahim sangat terkejut dan hairan bercampur bahagia. “ ...Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”(102) Subhanallah. Sungguh, ini adalah jawaban seorang anak yang saleh dan taat kepada
orang tuanya, ia rela mengorbankan seluruh apa yang ia miliki termasuk
jiwanya demi menunaikan ketaatan kepada Allah. Setelah Nabi Ibrahim mendengar jawapan Ismail bahawa dirinya sudah rela
untuk dikorbankan demi ketaatan kepada Allah, Ibrahim pun membaringkan
Ismail untuk menyembelihnya. "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya )." (103) Dan disaatbeliauhendakmelepaskanpisauuntukmenyembelih Ismail Allah lantasmemanggil Ibrahim ;
" Wahai Ibrahim, sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik " (104-105)
Begitulahakhirnyasesudahnyatakesabaran, ketaatandantawakalnyaNabi Ibrahim kepada Allah s.w.t.
Allah menebus Ismail denganseekorkibas yang besaruntukdisembelihnya.
Dan peristiwainitelahdiabadikanoleh Allah dengandijadikandasardisyariatkannyakurban yang dilakukanpadaharirayahajibagikitahariini.
Tawakkal.
Allah berfirman ; " Sesungguhnya ini benar-benar suatu UJIAN yang nyata. Dan Kami tebus
anak itu dengan sembelihan yang besar." (106-107) Sungguh peristiwa ini adalah ujian yang sangat besar bagi Nabi Ibrahim
dan keluarganya, tetapi beliau berjaya menghadapi ujian itu dengan baik sekali,
sehingga dengannya Allah telah meninggikan darjat Nabi Ibrahim. Demikianlah tingginya tingkat kesabaran Nabi Ibrahim, saat anak yang diidam-idamkan
tak kunjung tiba, turun pula perintah Allah untuk
menyembelih Ismail yang sangat disayanginya. Terbukti ketaatan beliau yang begitu kuat, hingga ke saat terakhir untuk menyembelih
anaknya ini telah menjadi bukti dan saksi terbesar akan kebenaran ketaatannya. Inilah salah satu taburan bunga-bunga hikmah dari perjalanan hidup
beliau yang sangat mulia hingga dipuji sikapnya hingga ke hari ini sebagaimana dijanjikan Allah di dalam Al-Quran akan nama Ibrahim yang akan harum berterusan bagi orang-orang yang hidup
setelahnya. "Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang
berbuat baik" (108-110) "Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman."(111) Begitulah kisahnya, ketiga sifat di atas, kesabaran, keyakinan dan
tawakal, serta ketaatan sepenuhnya Nabi Allah Ibrahim kepada Allah s.w.t. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah sehingga tidak mampu digugat makhluk sekalipun dengan sesuatu yang paling disayang. “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika
bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta
benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan
kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada
Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(derhaka)”. (At-Taubah : 24) Begitulah tiga perkara yang sangat susah sekali kita temukan pada diri
seseorang saat ini, sifat-sifat itu bahkan terus luntur dan terkubur
kecuali bagi mereka yang mendapatkan taufik dan inayah dari Allah. Malahan kita sendiri boleh mengukur sejauhmana sifat Tawakkal diri kita sendiri kepada Allah. Ketika kita diuji dengan kesusahan, mungkin lebih mudah kita mengenal erti Tawakkal. Ketika usaha kita menemui jalan buntu, habis ikhtiar, dan kepenatan maka barulah kita sedar yang kita ini tidak ada daya upaya melainkan dengan kudrat Allah semata-mata. Andai itu caranya Allah mentarbiah kita untuk mengenal erti Tawakkal, dan andai itu caranya kita mula dekat kembali Allah hingga menjadi asbab Allah redha kepada kita, maka alangkah bertuah dan manisnya ujian Allah itu. Beruntunglah orang-orang yang diuji kerana itu tanda kasih Allah kepada kita. Namun bagaimana kita bertawakkal ketika ketika kita dalam keadaan yang selesa, di ketika kita senang. Renung dalam diri kita sendiri, tanyakan pada diri adakah dalam setiap perkara dan keputusan yang dilakukan kita sehari-hari ini kita meletakkan pandangan Allah terlebih dahulu di hadapan sebagai bukti ketaatan kita kepadaNya ataukah pandangan manusia yang terlebih dahulu mempengaruhi tindakan kita. Tugas yang kita lakukan sehari-hari, adakah kerana mengharap balasan, pujian, pangkat dan pandangan manusia atau keredhaan Allah semata. Apakah jenis kerangka pemikiran yang ada dalam diri kita. Saya sendiri mengakui, sering bermonolog dengan diri sendiri dalam membuat keputusan sehari-hari dan ini adalah perkara-perkara yang sering dipertimbangkan. kalau aku buat begini, bos suka atau tidak? kalau aku buat begitu, apa kata orang lain? kalau buat macam ni orang tak setuju macamana? MasyaAllah, semuanya apa manusia manusia kata. kenapa tidak fikir apa Allah kata? kalau buat macam ni Allah suka tak? kalau pilih yang ni Allah redha tak? kalau buat begini Allah marah tak? Kenapa hanya mementingkan imej diri di mata manusia, bukan imej diri di mata Allah? kenapa bukan Allah yang di depan, kenapa manusia? Bukankan yang memberi duit, pangkat, harta, darjat, kemuliaan dan sekalian nikmat itu Dia? Subhanallah. Moga Allah bantu kita bermujahadah. Andai manusia yang menjadi faktor, maka dimanakah sikap Tawakkal kita kepada Allah. Di mana letak Allah dalam hati kita? Saya ingin memetik kata-kata dari Dr.Maza tentang Tawakkal : Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di
bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan
hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan
ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar
menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya. Tawakkal adalah keajaiban. Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban
tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal.
Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung
hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah. Tawakkal tidak menafikan usaha. Tetapi hati nurani yang bertawakkal
tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya. Usaha hanya sebab,
Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah
itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya):
“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya”
(Al-Talaq, 3).
Subhanallah. Semoga kita beroleh kebaikan dengan bacaan perkongsian dhaif ini. Doakan semoga tazkirah saya nanti semua pihak akan beroleh manfaat, dan semoga Allah redha. Alang-alang beri tazkirah, boleh pulak mengupdate belog yang dah bertahun bersawang..hehehehe.. Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,
keluarganya, para sahabatnya dan umat baginda seluruhnya. Wallahualam bissawab... p/s : Saya suka lagu ni. Lagunya simple, easy saja, tapi dalam ma'nanya.. Moga bertemu dalam coretan lain pulak. ;) Doakan InsyaAllah..
Terpanggil untuk menulis lepas sekian lama tinggalkan blog yang bersawang ni. Minggu terdekat ni dipilih untuk beri tazkirah Jumaat. Terfikir2 nak memilih tajuk apa. Kalau boleh penyampaian walaupun lima ke sepuluh minit tu biarlah dapat memberi kesan ke hati-hati orang-orang yang mendengarnya. Mana tau ada hati yang terkesan kan.. Kebetulan kita nak menuju dan dah nak hampir masuk ke bulan Zulhijjah. Dan kalau sebut Zulhijjah, dah tentu kita ingat tarikh 10 Zulhijjah, tarikh kebesaran Umat Islam, Hari Raya Korban, atau Hari Raya Haji, atau Hari Raya Aidil Adha. Zulhijjah termasuk dia antara 4 bulan yang haram (diharamkan Allah dari berperang kecuali terdesak) yang mempunyai banyak kesitimewaan yang tidak ada di bulan-bulan lain. Antaranya sebagaimana kita ketahui di dalamnya terdapat amalan Haji, amalan Kurban, Solat AidilAdha, memperbanyakkan zikir pada hari-hari tashriq (11, 12, 13 Zulhijjah) serta amalan-amalan Sunat yang lain. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan
beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh
ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” Walaubagaimana pun di kesempatan ini, saya rasa teringin nak menulis lebih lanjut iktibar kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail yang bagi saya sangat menyentuh hati. UJIAN ITU TARBIYAH ALLAH Seringkali bila kita meraikan Hari Raya Aidil Adha, sana sini biasanya kita dengar akan bercerita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim . Baik ketika khutbah raya, atau ceramah-ceramah di TV, selalu kita dengar kisah ni. Namun sejauhmana kita betul-betul menghayati kisah ini. Kisah ini boleh ditelusuri bila kita menyelak Quran dan pergi ke Surah Ash Shaaffat ayat 100 hingga 111. Bacalah dengan penghayatan sepenuhnya kisah ini. Percayalah andai kita benar-benar hayati kisah seorang ayah dan anak ini, hati kecil kita pasti terkesan dan tersentuh dengan erti sebenar keyakinan dan tawakal, kesabaran, serta ketaatan kepada Allah s.w.t. Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ibrahim adalah antara Nabi yang banyak menerima ujian-ujian besar dari Allah s.w.t. Ujian pertama yang
diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu
didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada
waktu itu telah pun lanjut. Meskipun Nabi Ibrahim telah merasakan bahwa usianya semakin lanjut dan
tubuhnnya semakin lemah,baginda tetap sabar dan senantiasa berdo’a agar
Allah segera mengurniakan seorang anak kepadanya. Baginda sangat berharap
kehadiran seorang anak akan meneruskan misi dakwahnya di muka bumi ini.
Dan ia pun terus berdo’a kepada Allah tanpa berputus asa ; "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orangyang soleh." (100) 100. Ya Tuhanku,
anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang
saleh.
Ayat ini menerangkan bahawa jika kita meminta kepada Allah maka Dia
akan kabulkan permintaan kita. Cuma cepat atau lambat. Allah mahu
melihat makhluknya berdoa, berusaha dan betawakal kepadaNya dan melihat
hambanya melakukan amalan yang baik. maka Allah memberi anak kepada
baginda Nabi Ismail a.s ,melalui isteri keduanya Siti Hajar. Kegembiraan
kerana mendapat anak merupakan berita yang dinantikan oleh setiap
pasangan suami isteri. Tetapi kenapa sekarang ramai yang membuang bayi
sesuka hati? dan tidak kurang yang mendera kanak-kanak?
Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNIC
Ayat ini sekiranya kita mahu mengambil iktibar, sesungguhnya lambat atau cepat, Allah itu tetap akan mengakbulkan permintaan kita. Allah mahu melihat kita bersabar, berusaha, bertawakkal dan melakukan amal saleh kepadaNya. "..Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan.." (Ghafir : 60) Akhirnya selepas sekian lama berdoa dengan penuh pengharapan dan penuh kesabaran, Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim seorang anak melalui isteri keduanya Siti Hajar. "Maka Kami
beri Dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar."(101) Dan anak yang ditunggu-tunggu sekian lama ini diberi nama Ismail.
101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283]. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Ismail pun membesar menjadi seorang anak yang baik dan
saleh. Ia sangat taat dan menghormati orang tuanya. Ia juga menjadi
seorang anak yang rajin beribadah kepada Allah sebagaimana ayahnya,Nabi Ibrahim. Namun, tibalah ketika Allah s.w.t ingin mengujinya untuk kali kedua. Dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda.
Allah telah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Allahuakbar. Apakah perasaan kita sebagai seorang bapa atau ibu jika diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangan sendiri. Sanggupkah kita melakukannya walaupun kita pasti ianya perintah dari Allah s.w.t. Namun tidak bagi Nabi Allah Ibrahim. Setelah hati beliau penuh rasa yakin akan perintah Allah tersebut, ia
pun segera berjumpa dengan anaknya Ismail. Dengan bahasa dan kata-kata lembut,
beliau mengutarakan apa yang harus dilakukan terhadapnya, tentang dirinya
yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail. " ...Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?..". (102) Dan kemudian saat mendengar jawapan Ismail, Nabi
Ibrahim sangat terkejut dan hairan bercampur bahagia. “ ...Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”(102) Subhanallah. Sungguh, ini adalah jawaban seorang anak yang saleh dan taat kepada
orang tuanya, ia rela mengorbankan seluruh apa yang ia miliki termasuk
jiwanya demi menunaikan ketaatan kepada Allah. Setelah Nabi Ibrahim mendengar jawapan Ismail bahawa dirinya sudah rela
untuk dikorbankan demi ketaatan kepada Allah, Ibrahim pun membaringkan
Ismail untuk menyembelihnya. "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan
anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya )." (103) Dan di saat beliau hendak melepaskan pisau
untuk menyembelih Ismail Allah lantas memanggil Ibrahim ; " Wahai Ibrahim, sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh,
demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik " (104-105)
Begitulah akhirnya sesudah nyata kesabaran, ketaatan dan tawakalnya Nabi Ibrahim kepada Allah s.w.t.
Allah menebus Ismail dengan seekor kibas yang besar untuk disembelihnya.
Dan peristiwa ini telah diabadikan oleh Allah dengan dijadikan dasar
disyariatkannya kurban yang dilakukan pada hari raya haji bagi kita hari ini. "Dan Kami abadikan untuk Ibrahim [ nama yang harum] di kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera
bagi Ibrahim.