Thursday, 8 October 2015

MUKMIN PROFESSIONAL


A : "Apabila diamanahkan untuk membina lebuh raya, lebuh raya rosak. Bila ditugaskan membina siling bangunan, bocor. Jambatan yang dibina pula tidak sampai beberapa bulan sudah roboh.."

B : " Inilah padahnya bila Syarikat Runtuh Moral Sdn. Bhd. yang buat kerja ni.."

Interesting jer komik sinis dari  buku yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk MUKMIN PROFESSIONAL. Page terawal dia menarik perhatian saya. Macam terkena kat aku je kan..

Runtuh Moral.
Ianya berkaitan akhlak, atau dalam bahasa kita 2 3 menjak ini adalah Integriti.
Akhirnya barat mula tercari-cari tentang kepentingan Integriti setelah Islam begitu lama mewajibkan umatnya berakhlak baik bahkan Rasulullah diturunkan ke bumi ini juga adalah bagi membetulkan akhlak umat jahiliah ketika itu.

Kita pada hari ini tidak pernah kurang dari segi pembangunan sistem, proses, prosedur dan segala macam dasar dan peraturan, tapi kenapakah kita sering terlupa satu aspek lagi yang sangat penting untuk dibangunkan iaitu SIKAP manusia itu sendiri yang hakikatnya merupakan penentu besar kejayaan seseorang individu, kelauarga dan seterusnya sebuah organisasi.

Maka dengan berbesar hati saya memetik antara bab awal buku penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang sangat saya kagumi ini.

Semoga bermanafaat. :)

 ..........................................................................................

MUKMIN PROFESSIONAL



      Bagi memahami dengan lebih mudah Apakah Mukmin Professioanal, lebih mudah jika kita bahagiakan 4 kategori manusia dalam masyarakat.  
           1) Golongan yang terburuk. Kelakuan buruk dan prestasi kerja buruk
      2) Golongan yang mempunyai prestasi kerja rendah, tetapi kelakuannya baik
3    3) Golongan yang hasil kerjanya tinggi, tetapi kelakuannya buruk
4    4)  Golongan MUKMIN PROFESSIONAL yang kelakuannya baik dan prestasi kerjanya cemerlang. 

      Inilah ciri terbaik diri kita sebagai seorang Islam.

Mari kita renungkan sejenak, situasi kita hari ini, seringkali Islam terhukum oleh kelemahan umatnya sendiri. Mungkin kita boleh berhujah, kelemahan Umat Islam bukanlah bukti kelemahan ajaran Islam, tetapi dunia akan terus bertanya-tanya. Inilah dia gagasan baru iaitu MUKMIN PROFESSIONAL untuk menangani  cabaran tersebut.

Melalui buku ini juga penulis menyebut, proses rebranding diperlukan dari segi imej dalaman dan luaran seorang mukmin agar dilihat lebih produktif, cintakan kedamaian dan unggul di semua aspek kehidupan. Penulis juga menjelaskan proses ini perlu dimuali dengan proses rerengineering (pembinaan semula) dari segi pembangunan sumber manusia (modal insan)

Soalnya apakah bentuk atau imej umat Islam yang hendak kita bina? Apakah kita sudah ada gambaran yang jelas tentang end product yang hendak kita hasilkan?

Untuk itu mari kita rujuk kepada Wahyu.

Al-Quran merakamkan satu peristiwa ketika di mana dua orang anak perempuan Nabi Syuaib a.s iaitu Safura dan Liya terhadap Nabi musa dalam satu peristiwa di Padang Pasir Madyan. Mereka berdua telah terpegun dengan Musa dengan sikap gagah dan berakhlak yang ditunjukkan dengan membantu keduanya mengangkat penutup sumber air untuk kambing peliharaan mereka. Di atas pertolongan itu, nabi Musa a.s telah ditawarkan pekerjaan oleh Nabi Syuaib a.s setelah diceritakan tentang kebaikan akhlak dan kegagahan Nabi Musa.

Allah mengabadikan kisah penuh ibrah ini di dalam Al-Quran.

Maksudnya,

Salah seorang daripada kedua-duanya berkata:

"Wahai ayah, ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang KUAT lagi AMANAH."

Inilah contoh dasar ambilan gagasan MUKMIN PROFESSIONAL yang diketengahkan, yakni manusia yang baik kelakuannya sekaligus baik pula pekerjaannya.

Al-Amin (Amanah) atau dalam istilah kita ketika ini INTEGRITI, merujuk kepada MUKMIN.
Al-Qawiy (kuat) atau dalam istilah kita ketika ini KOMPETENSI merujuk kepada PROFESSIONAL.

Dengan sifat MUKMIN seseorang itu akan memiliki nilai-nilai yang baik (sifat mahmudah) seperti integriti, jujur, amanah, dan lain-lain. dengan sikap PROFESSIONAL pula seseorang itu akan mempunyai kepakaran dan keterampilan dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan dalam apa juga bidang yang diceburi sama ada pengurusan, pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan lain-lain termasuklah kita ini di bidang kejuruteraan.

MUKMIN PROFESSIONAL adalah mereka yang mampu menyejajarkan dan menyepadukan aspek berikut dalam kehidupan.
1)Pelaksanaan fardu ain dan fardu kifayah,
2)Tanggungjawab hamba dan khalifah
3)Kesinambungan ilmu naqli dan aqli
4)Kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi)

Di sinilah modal insan yang kita ingin lahirkan. Yang punyai pegangan yang mantap dari segi keimanan (fardhu ain) sekaligus mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang professional seperti kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi, dan lain-lain (fardhu kifayah).



TELADAN MUKMIN PROFESSIONAL

Siapa yang paling MUKMIN dan paling PROFESSIONAL mengikut perspektif Islam?
Bagi kita orang Islam, contoh terbaik kita sudah tentulah Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam surah [al-Ahzab 33:21] maksudnya :

“ Sesungguhnya adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

Bagindalah contoh terbaik seorang MUKMIN dan seorang PROFESSIONAL. Beliau seorang usahawan, menjadi jeneral yang memimpin tentera dalam peperangan, malah seorang pemimpin sebuah negara iaitu Madinah.

Apakah kejayaan baginda? Contohnya dalam perniagaan, baginda memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaan yang diamanahkan Siti Khadijah. Tentu ramai yang akan menjawab tentulah faktor baginda seorang yang jujur, amanah, tidak menipu dan sebagainya. 

Ya, itu sudah pasti. Tetapi bukan itu saja faktornya. Baginda juga seorang yang :

1   1) Menepati waktu, patuh pada janji (mengamalkan system pengurusan masa yang effisien)
     2) Pakar dalam bidang komunikasi
          3) Mempunyai kemahiran interpersonal
4   4)  Memahami kehendak klien
5   5)  Arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim(cuaca)

Maka inilah dia faktor kejayaan Rasulullah dalam perniagaan. Pertama, kelakuannya yang baik –MUKMIN dan yang kedua kepakarannya yang tinggi – PROFESSIONAL.

Keadaan yang sama dalam bidang ketenteraan. Mengapa Rasulullah s.a.w Berjaya dalam peperangan? Mungkin ramai memberi jawapan yang baginda tentulah berperang atas dasar tauhid, justeru Allah akan memberi bantuanNya. Baginda berperang kerana mendapat bantuan para malikat seperti dinyatakan dalam Al-Quran dan sebagainya.

Ya semua faktor itu benar. Tetapi masih ada faktor lain kejayaan baginda dalam medan peperangan. Contohnya,

1) Perang Badar – baginda dan tentera datang awal bagi menguasai sumber air,
2) Perang Uhud – baginda menguasai tempat tinggi di Bukit Uhud dan menempatkan pemanah tepat (sharp shooter)di lokasi yang strategik, dalam 
3) Perang Khandak baginda bersikap open minded apabila menerima saranan Salman Al-farisi untuk menggunakan strategi penggalian parit di keliling kota Makah sebagai benteng pertahanan. Boleh disifatkan strategi ini adalah think outside the box kerana peperangan ini menggunakan parit yang tidak pernah dibuat sebelumya oleh bangsa Arab.

Baginda bukan saja mendapat bantuan Allah hasil daripada sifat-sifat mulianya sebagai seorang Rasul, bahkan Baginda juga merencana, membuat pelan strategic dan bijak membina strategi untuk melepasi kepungan dan pengejaran kaum Musyrik.

“ Ini menunjukkan bahawa hijrah baginda rasulullah Berjaya dilaksanakan hasil KELUHURAN BUDI dan juga KEUNIKAN STRATEGI. Pendek kakta kejayaannya itu adalah hasil gabungan sifat PROFESSIONAL dan MUKMINnya.

Selain itu sedarkah kita,

1   1)  Nabi Adam – pakar dalam bidang pertanian (yang memulakan tamadun dalam kehidupan generasi pertama)
2   2)  Nabi Nuh – pakar dalam bidang pengangkutan – arkitek dan jurutera  (Pembina kapal besar yang mampu menahan banjir besar
3   3) Nabi Daud – pakar dalam industry besi
4   4) Nabi Isa – Pakar perubatan
5   5) Nabi Yusuf – Pakar ekonomi dan pentadbiran

Semua tauladan ini mengajar kita bahawa untuk berjaya DUNIA dan AKHIRAT kita hendaklah memiliki dua keunggulan.  

PERTAMA kelakuan yang baik. KEDUA, kepakaran yang tinggi. 

Inilah dia dua keunggulan yang telah hilang dari Umat Islam di masa kini. Hingga dengan itulah kita gagal menjadi umat yang cemerlang seperti umat terdahulu.

Apabila diamanahkan membina lebuhraya, lebuhraya retak. Apabila ditugaskan membina bangunan, siling runtuh, apppabila jambatan dibina, tidak sampai beberapa bulan sudah roboh.
Semuanya disebabakan sama ada tiadanya INTEGRITI, atau tiadanya KOMPETENSI, atau tiadanya kedua-duanya sekali.

Dalam erti kata lain  kita ketika ini menghadapi masalah integriti (jujur dan amanah) selain masalah kompetensi (kepakaran) itu sendiri. Kelakuan kita buruk, kepakaran kita lemah. Padahal para Rasul terutamanya Rasulullah s.a.w telah menunjukkan bahawa untuk berjaya kita mestilah memiliki kedua-duanya sekali.

Sehubungan dengan itu apakah garis kasar untuk melahirkan MUKMIN PROFESSIONAL?
Dua kaedah perlu dlakukan secara bersepadu. Kaedah ZIKIR dan FIKIR.

ZIKIR DAN FIKIR

Apa yang berlaku hari ini adalah, Umat Islam sedang menderita akibat sama ada kurang FIKIR atau kurang ZIKIR atau KEDUA-DUANYA sekali.

Apa itu FIKIR, dan apa itu ZIKIR?

Rujuk Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran ayat 191 yang bermaksud :

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.
(Iaitu) orang-orang yang berzikir mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Dua ciri di situ iaitu berfikir dan berzikir.

Dengan berfikir, kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur ini tentu ada pengaturnya. Mustahil alam yang tersusun ini terjadi dengan sendiri. Tentu ada yang menciptakannya. Siapakah dia?
Bila tiba ke tahap ini, akal tidak akan menemui jawapannya. Maka ketika itulah FIKIR mesti merujuk kepada ZIKIR yakni Ayat Al-Quran. Di dalamnya lah akan terjawab jelas dengan nama, sifat dan perbuatan siapa PENCIPTA alam Yang Maha Agung ini..

Iaitulah Allah s.w.t.

Inilah yang dimaksudkan oleh HAMKA yang pernah menyebut,

" Hujung akal (FIKIR) adalah pangkal agama (ZIKIR)."

FIKIR BERTUNJANGKAN ZIKIR

1) Sangat penting kerana ia adalah proses mendapatkan ilmu akliah - sains, matematik, kimia, fizik, geografi dan lain-lain.
 2) Dengan berfikir seseorang akan mengetahui rahsia ciptaan Tuhan - haiwan, tumbuh-tumbuhan dan planet-planet.
3) Pengetahuan inilah yang membolehkan manusia menjadi pakar tentang alam dan seterusnya menguasainya.
4) Dan apabila manusia telah menguasainya, maka dengan mudah mereka mampu mengurus dan mentadbirnya.

Maka faktor-faktor inilah yang melayakkan kita, manusia menjadi KHALIFAH di muka bumi. Walaupun pada mulanya malaikat seo;ah-olah bimbang dengan keputusan Allah untuk menjadikan Adam, tetapi malikat akhirnya akur apabila Allah menunjukkan betapa bijaknya manusia dengan mengetahui nama-nama benda.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 31 bermaksud :

"Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama-nama benda."

Pengertian ayat ini lebih mendalam, bukan sahaja sekadar nama benda itu tetapi juga sifat-sifat benda (attributes of nature) itu. Dengan kelebihan inilah manusia menjadi makhluk paling arif tentang sunnatullah, peraturan alam, (law of nature) yang sekaligus melayakkan manusia menjadi khalifah di muka bumi ini.


Di sinilah juga kebimbangan malaikat terhadap potensi manusia untuk membuat kerosakan di muka bumi tetapi dengan kemampuan ini jugalah manusia berpotensi membangunkan dan memakmurkan dunia ini.

Jawatan khalifah tidak diserahkan kepada malaikat. Walaupun dunia akan aman di bawah pimpinan malaikat, tetapi ia akan mundur, beku dan tidak membangun. Lalu bagaimana untuk menghindarkan manusia yang berpotensi membuat kerosakan dan membinasakan ini supaya menjalankan peranan nya dengan baik?

Ya, FIKIR tadi mestilah ditunjangi oleh ZIKIR.
Potensi akal mestilah ditunjangi oleh wahyu.
Wahyu mesti menjadi dasar, pemantau dan pengawal akal fikiran.

MUKMIN PROFESSIONAL adalah yang mampu meletakkan "FIKIR" nya di landasan "ZIKIR"nya. 

Dan mereka inilah yang dikategorikan Allah di dalam Al-Quran sebagai golongan Ulul-Albab di dalam Al-Quran.

Untuk memimpin "FIKIR" manusia, Allah telah mengutus Rasul demi rasul agar akal manusia sentiasa dipimpin wahyu.

Dengan "FIKIR" manusia sebagai KHALIFAH di muka bumi ini akan dipimpin oleh "ZIKIR"nya sebagai KHALIFAH Allah dan hanya dengan sifat keHAMBAan kepada Allah sahajalah manusia dapat pula melaksanakan peranannya sebagai KHALIFAH.

Atau dengan kata lain,

" Tanpa menjadi HAMBA kepada ALLAH, manusia tidak akan dapat menggunakan kuasa FIKIR nya untuk membina, sebaliknya kuasa FIKIRnya tadi berpotensi untuk sebaliknya iaitu membinasa."

AKIBAT KURANG FIKIR DAN ZIKIR

Sahabat yang saya kasihi sekalian, cuba kita renungkan sejenak, bagaimanakah keadaaan umat Islam kita pada hari ini. Kita sedang menderita akibat sama ada kurang fikir, kurang zikir atau kedua-duanya sekali.
Ada sesetengah pihak lebih cenderung 'berzikir', sementara ada pihak lain pula yang condong 'berfikir'.
Dari sini dikhuatiri kedua pihak bertelagah dan akan muncul dua golongan yang tidak seimbang iaitu :

1) Pertama : Golongan MUKMIN TIDAK PROFESSIONAL yakni yang yang ada zikir tetapi kurang fikir. Golongan yang baik dari sudut akhlaknya tetapi kurang berkesan dan tidak cekap dalam pengurusan dan pentadbirannya.

2) Kedua : Golongan PROFESSIONAL TIDAK MUKMIN yakni yang ada fikir tetapi kurang zikir. golongan yang cekap melaksanakan peranan sebagai khalifah (pengurusan dan pentadbirannya) tetapi tidak berakhlak baik seperti pembohong, tamak, pecah amanah, dan rasuah.

Bukankah ramai golongan kedua ini pada hari ini sama ada kita sedar atau tidak.

KEMBALI KEPADA ISLAM

Realitinya, ramai umat Islam memahami dan mengamalkan Islam secara serpihan dan terpisah-pisah. Ada yang hanya mengamalkan sistem hidup Islam dari sudut kewangan tetapi meminggirkan sistem sosial, pendidikan dan muamalat serta ibadat secara keseluruhannya. Ada juga yang cenderung mengamalkan ajaran Islam pada aspek rohaniah (ibadah spiritual) semata-mata dan membelakangkan Islam dalam aspek materaial.

Akibatnya pelaksanaan Islam hanyalah separuh-separuh dan tidak menjadi teras asa untuk menjana pencapaian Ummah secara menyeluruh. Ajaran Islam dan syariat hanya diterapkan sebagai tempelan.

Ya, mungkin inilah cabaran utama untuk meletakkan kembali Islam pada paksi kecemerlangan dunia. Bagaimana kita ingin memulakannya. Sudah tentulah kembli kepada diri kita sendiri.

"Pasangan manusia adalah Islam, 
tanpanya manusia akan terpisah
daripada ketenangan dan kebahagiaan."

Kita sering sibuk membaiki dunia,  merancang itu dan ini, namun berapa ramaikah yang sibuk juga membaiki diri.

"Untuk membaiki dunia, baiki manusianya, 
untuk baiki manusia, baiki hatinya."

kenapa hati?
-Kerana masalah manusia bermula dari hati!

 Sabda Rasululllah s.a.w :

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
 (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) 

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, marilah kita merenung kembali sejauhmana keseimbangan FIKIR dan ZIKIR kita hari ini.Sejauhmana kita telah menjadi HAMBA dan KHALIFAH Allah di dunia ini yang merupakan tujuan utama kita diciptakan.


Hidup kita amat sekejap. Sabda Rasulullah s.a.w,

 "Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''

Kita bermula dari alam roh di mana setiap manusia telah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah. Kita telah berjanji untuk mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.

Kemudian kita masuk ke rahim ibu dalam alam rahim yang menjadi alam ke-2 bagi kita. Di dalam rahim, kita terus berkembang dari setitis mani hingga menjadi bayi. Begitulah sifat rahmah Allah yang menjadikan kita dari segumpal darah sehingga akhirnya setelah kira-kira sembilan bulan di dalam rahim, waktunya kita keluar untuk menyaksikan dunia, dan tentunya ini tempat kita berada sekarang ini.Alam ke-3 kita.

Inilah satu-satunya peluang kita mencari bekal sebanyak-banyaknya untuk menuju ke alam yang berikutnya. Waktu hidup kita di dunia ini sangatlah singkat, jadi pergunakanlah dengan bijak agar tidak menyesal dikemudian hari. Keadaan kita di alam selanjutnya sangat tergantung pada perbuatan kita di dunia ini. Sekecil apapun perbuatan kita di dunia hata sebesar biji sawi akan memberi kesan dan akibat di alam berikutnya. Segala-galanya akan dinilai Allah s.w.t.

Dengan kata lain, kehidupan dunia sangat menentukan baik buruknya kita di alam berikutnya.
Kita lah yang bertanggungjawab dengan apa juga perbuatan kita di dunia ini.

Lahir merupakan pintu kita menuju ke alam dunia, dan mati merupakan pintu untuk keluar dari alam dunia. Setelah melewati alam dunia, maka akan tibalah masanya kita berada di alam barzah (alam kubur). Disitulah  kita menanti kedatangan alam yang terakhir yaitu alam mahsyar. Waktu yang kita lalui di alam barzah dan alam mahsyar sangat-sangatlah lama sekali.
Ketika berada di alam tersebut kita nafsi-nafsi, hanya memperdulikan diri kita sendiri. Kita tidak memperdulikan orang lain, walaupun ibu kita sendiri atau isteri, atau anak, atau kerabat yang paling dekat dengan kita. 
Hinggalah akhirnya, setelah menjalani sidang yang panjang + lama, barulah kita ditetapkan apakah kita akan dimasukkan ke dalam JANNAH (SURGA) / NERAKA alam terakhir, alam kita yang kekal selama-lamanya.

Sekian saja penulisan kali ini.

Semoga kita sama2 mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang disampaikan. Semoga kita semua akan menjadi MUKMIN PROFESSIONAL yang mendapat redha Allah cemerlang di dunia dan juga di akhirat. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Tulisan asal entri ini adalah dari BUKU MUKMIN PROFESSIONAL oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Bole ke blog beliau : Gentarasa /  http://genta-rasa.com/