Thursday, 29 May 2014

Cerita Rinjani yang Indah..

Assalammualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.
Selepas setengah tahun meninggalkan seribu kenangan di Lombok baru dapat tulis sesuatu kat sini.
Hopefully boleh share dengan ramai orang kat luar sana especially hikers tegar dan kental mahupun yang cintakan alam semulajadi ciptaan Allah ni.

Gunung Rinjani mempunyai ketinggian 3726 Meter dari aras laut (ke-3 tertinggi di Indonesia) ringkasnya terletak di Lombok Timur, Kepulauan Lombok Indonesia.

Sebenarnya semua kenangan di Lombok ni tak terfikir pun akan ditulis satu hari nanti.
Tapi bila saya start tulis blog ni saya dok fikir dalam banyak-banyak aktiviti hiking dan outdor yang saya buat yang mana paling cantik.

Haa..Rinjani la jawabnya. Lagi pun  ni la last trip saya sebelum akhirnya menulis blog sendiri. Senang nak ingat faktanya. Cuma banayak juga benda yang saya nak tulis sebab dah terlupa.
Takpelah.
Yang penting saya harap anda dapat enjoy tengok gambar2nya. Untuk pengetahuan semua gambar-gambar yang diambil ni semuamnya dari handphone cabuk tapi berjasa saya tu.
Samsung galaxy note 1.hihi..
Okey enjoy my 1st entry blog.Diarisiserikandi giteww..


Jom cerita sambill jalan2 melihat gambarnya.


MEMULAKAN PENDAKIAN

Selepas smalaman tidur dengan lena di perkampungan Sembalun, kami pun start mendaki seawal 8.00 pagi waktu tempatan.
Ni sebahagian view-view terawal pendakian.

Cantik tak?



Bunga2 yang menyambut kedatangan kami ke Rinjani. 

Memulakan pendakian dengan semangat waja. Trip ni kami tak pakai porter pun..masing2 galas sendiri. So packing sebaik2nya dan sejimat2nya. Sempat jugak malam tu belaja cara2 packing bag supaya fit dengan body..Tq Abang Khairil Yusree  dari ORL Green Nature guide kami dari Malaysia :)




SAVANA YANG MENGUJI FIZIKAL DAN MENTAL

Lepas melalui trek rata ni, baru start trek yang sangatla menguji kesabaran.

Savana, panas giler..takde pokok..rasa maccam kat South Africa (macam la pernah g kan?)
Ok la..Ada sikit macam Broga (pun belum pernah ada kesempatan nak pegi..hihi..)
Itu kata kawan-kawan la..

Ok. Kerana tempat ni panas, anda jagalah kesihatan kulit anda dan elak dehydration yer.
Waktu tu saya pakai pakaian jenis dry-fit. Kalau ada uv protector lagi bagus. Cepat kering, tudung pun sama, pilih la tudung apa2 tudung wardina ka..tudung ekin ka..janji senang sarung dan kain yang jenis cepat kering.
Elakkan dari memakai cotton sebab along the way mungkin akan hujan (memamg hujan pun), so pakaian jenis macam ni amat2lah membantu.
Yang perempuan jangan lupa sun block yer..hiking hiking jugak. Kulit tetap kena jaga.hehehe..

View savana yang yang menghijau luas, berlatarkan laut biru Lombok,  memang jadi pengubat jiwa yang lara. Terlupa sekejap dengan panas mentari terik.

Ok.

Guide dari malaysia yg sangat sporting..Bang Kairillll......


 Cik Diana, eh..sempat toleh dia yer..


Pose kesayangan sepanjang zaman..hehehehe





Saujana mata memandang..Hijau dan biru yang kontra..
Subhanallah..


Dah beberapa jam berjalan kami rest skejap..hehe..panas taw...time ni la nak reapply balik sunblock. :)







Rest pun ada view cantik gini..memang ubat sangat.. :)
Carik2 'feel' sebelum kerah tenaga untuk naik ke atas nun.



PELAWANGAN SEMBALUN

Selepas lebih 10 jam perjalanan menongkak, kami sampai ke kem site Pelawangan Sembalun, tempat kami bermalam malam nanti..

Finally....
nampak jer view ni terus..
Ya Allah..Subhanallah..Indahnya tasik dan kawah gunung berapi di bawah sana...

Apa lagi..trus snap..enjoy view skejap..
hilang penat.. :)
Subhanallah...





Nak sampai ke tapak kem, kami berjalan di sepanjang permatang..bulan pun dah memunculkan diri..
Sekali lagi hati rasa tersentuh dengan keindahan alam ciptaan Allah..







Nun jauh di atas sana puncak Rinjani.Seawal 2.30 pagi esok kami dah nak mulakan perjalanan..
Malamnya kami bersembang2 bercerita pengalaman siang hari tadi. Suhu sangat sejuk menghampiri 0 darjah.

MENDAKI KE PUNCAK RINJANI

Seawal 2.30 pagi kami semua dah bangun.


Teruskan perjalanan berbekalkan bag day pack dan head lamp serta sekeping hati yang cekal kami pun bergerak untuk ke puncak Rinjani.

 "…. dirikanlah solat untuk mengingat-Ku." [QS. Thaahaa : 14]


Detik2 terbit matahari..

Perjalanan diteruskan dengan hidangan trek mendaki yang berpasir,kerikil, berdebu, dengan kiri kanan yang curam dan angin yang agak kencang. Cukup-cukup menguji kesabaran.
Mana taknya, satu langkah kita mendaki, 2 3 langkah pasir pasir bawak kita turun. Mujur 'hiking stick' sangat-sangat membantu. 
ha ni nak habaq mai kalau anda datang sini nanti sila la bawa dua yer. Jangan degil. Nanti terpaksa berjuang lebih macam saya.

Sepanjang perjalanan naik, ada juga pendaki-pendaki yang berpatah balik kerana keletihan.
Di sinilah pentingnya kekuatan mental kami.

Tapi perjalanan ke puncak mesti diperjuangkan.

 "Biar lambat asalkan sampai."
Trademark saya la tu.hihi..

Sepanjang perjalanan yang menguji kesabaran ni kami tak banyak bercakap, penat.
Kami juga diingatkan untuk berhati-hati sekiranya ada simptom-simptom AMS (Acute Mountain Sickness) yang boleh terjadi bermula pada ketinggian 8,000 kaki atau 2400 meter dari paras laut seperi pening, muntah, atau batuk dan sakit kepala.

Untuk hilangkan stress dan penat, banyakkan berzikir dan beberapa kali juga kami rehat sekejap sambil memandang ke arah tasik gunung berapi.

Sangatlah terapi.

Menung jap tengok trek..hihi



Antara view indah ke puncak, kawah gunung berapi atau Danau Segara Anak. Puncak volcano tu adalah Gunung baru yang dikatakan anak Gunung Rinjani. Cantik kan?

Bila penat, kami rest menikmati keindahan tasik :)



FINALLY, 


Selepas 7 jam berjuang...

Subhanallah..

Alhamdulillah..


Puncak Rinjani..Yeaayyy!!!!


Kesungguhan yang terbayar.


Kasut kesayangan kiter..dia sangat gigih..proud of you lah..
Danau yang mula ditutupi awan. 

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)



BERGERAK TURUN


Syukur rezeki Allah, kira-kira jam 12 tengahari dalam sejam kami di puncak, kami mula turun semula ke kem site dan pemandangan indah pun mula ditutupi awan.

Rezeki Allah kami dapat menikmati view cantik ini, sedangkan perjalanan pergi kami berhujan.

Perjalanan turun pun ada ceritanya.

Kami sempat bergambar mengabadikan kenangan yang rasanya "Once in a lifetime".
kalau di offer sekali lagi saya akan berfikir berkali-kali untuk naik lagi mengenangkan treknya yang mencabar naluri..hihi..


Perjalanan turun yang sangat 'fun'. Sahabat saya Ika ibarat bermain ski di atas pasir..amboi..
Ni keadaaan trek dilihat waktu siang. Lebar permatang yang tak sampai 2 meter. seram jugak kalau tersalah step.
 Mujurla waktu malam tak nampak kiri kanan.hihi.

Credit kat sahabat nih yang gigih menggendong DISELAR nya sampai puncak. Kami tumpang menyelit dalam frame jer..hihi.. Tq Zanna :)

widows hill konon..
Pelan asal kami adalah bermalam di Tasik danau kat bawah tu. 

Walaubagaimana pun pelan berubah serta merta bila cuaca tak mengizinkan. Petir berdentam dentum. Tuhan saja yang tau keadaan kami masa tu. Untuk turun ke tasik, risiko sangat tinggi, dan atas faktor keselamatan pelan asal terpaksa diubah dan kami pulang semula ke kem asal di Sembalun dalam keadaan hujan. 

Syukur semuanya selamat.
Kami bermalam di sebuah kem malamnya dan paginya meneruskan perjalanan ke Kampung Sembalun.


Perjalanan pulang yang sangat fun.. :)

Jalan mengundur. Tau tak kenapa?Tips penjagaan ibu jari kaki yag dah sakettt hahaha.
Finally..
Kami sampai ke Kampung sembalun.
Fresh strawberi menyambut kepulangan..

Alhamdulillah..

Maka berakhir lah trip kami di Rinjani.

Pengalaman manis yang tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.
Indah Ciptaan Allah di Nusantara kita ni.
Alhamdulillah Syukur diberikan rezeki menikmati satu kisah dalam perjalanan hidup ini.

Trip kami di Rinjani berakhir di sini.

Tapi trip kami di Lombok masih bersambung..hihi.
Turun gunung, kami terjun laut pula.

InsyaAllah nanti saya tulis.
jumpa lagi di lain siaran.

Assalammualaikum.  :)
~cikrosya~
29 Mei 2014





3 comments:

  1. cerita yang menarik.
    terimakasi untuk ceritanya.
    Rinjani adalah tmpat yang indah, sudah wajar jika keindahan itu tidak mudah di dapat dan di capai.

    ReplyDelete
  2. dah sampai lombok dah dia...nice...

    ReplyDelete
  3. Sis mcamna nak urus transportation dari malaysia ke sana?

    ReplyDelete