Syukur Alhamdulillah pada pagi Khamis 25/02/2015, kami memulakan musafir kami bermula dengan menaiki bas rombongan dari kampung di Raub pahang menuju ke KLIA.
Bermulalah sebuah pemusafiran manis kami berenam.
Alhamdulillah..
Terima kasih Allah..
![]() |
| Seketika saja bersedih meninggalkan keluarga, wajah kembali seri. Rasa happy. Terima kasih abah, kerana sudi menjadi mahram kami. Kalau bukan abah, siapakah lagi. :) |
![]() |
| Mak dan abah di kaunter imigresen. Bila tiba giliran kami empat beradik yang kesemua nama berpangkal Ros, pegawai tersebut senyum sambil mengagak, "Tadi ayah ye?". Saya senyum menjawab "A ah.". |
![]() | ||||
| Bergandingan sepanjang jalan. Takut terpisah agaknya. |
Selesai urusan imigresen, kami memulakan perjalanan yang mengambil masa kira-kira lapan jam menaiki MAS chartered. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah bila perjalanan ini adalah penerbangan khas umrah bagi jemaah Andalusia dan Rayhar yang akan terus mendarat di Madinah.
Sepanjang perjalanan, kru penerbangan akan menggelar kami sebagai " Tetamu Allah".
Senang rasa hati dipanggil begitu.
![]() |
| 'Tagging' sebahagian perkara penting dalam Nota Umrah. Moga mudah urusanku ketika di sana nanti. |
Entah kenapa sepanjang perjalanan aku begitu sukar melelap mata. Di kala jemaah lain nyenyak tidur, aku cuba menutup mata, tapi otak masih ligat aktif. Sambil mendengar Zikir Terapi Hafiz Hamidon, aku mengambil keputusan memasang lampu kecil. Aku selak lagi Buku Prof Kamil. Nota dari Madinah.
Ya Allah, sebentar saja nanti aku akan tiba di kota yang ditulis ini.
Badan terasa penat, tapi hati bersemangat menelaah sedikit Nota Umrah dibekal Andalusia. Air mata bergenang tatkala sekali imbas menelusuri doa-doa ketika tawaf, saie dan tawaf wida'.
Ya Allah, aku datang padaMu Ya Allah..
PERTAMA KALI MEMIJAK MADINAH YANG INDAH
Kami menjejakkan kaki di bumi Madinah Al Munawwarah pada hari Khamis malam Jumaat sekitar jam 6.00 petang waktu tempatan.
Urusan di lapangan terbang di Madinah juga berjalan lancar. Untuk urusan visa, kami perlu beratur di hadapan dengan mahram di belakang. Tiba di kaunter pegawai menjenguk pada barisan, mengagak abah yang sedang berdiri adalah mahram kami.
"Yes." saya senyum.
Selesai di lapangan terbang, kami terus menaiki bas terus ke hotel.
Kelihatan mutawwif kami pun dah bersedia menanti.
Dalam bas, walau mata dalam kelayuan, dari jauh sayup kelihatan payung-payung dan menara Masjid Nabawi.
Dalam hati berkata, Insya Allah Ya Rasululullah pagi nanti aku ke sana..
SUBUH JUMAAT DI MASJID NABAWI
Subuh esoknya buat pertama kali aku menjejakkan kakiku ke masjid Nabawi.
Seawal jam 3.00 pagi kami masing-masing sudah bersemangat bersiap ke masjid.
Bagaimanakah agaknya keadaan Masjid Nabawi yang tak pernah dilihat di depan mata sebelum ini. Berkobar hati mengingat kelebihan Masjid ini. Masjid yang kita bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu kali (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, Di dalamnya ada makam Nabi s.a.w. sahabat-sahabat dan juga Raudhah, sebuah taman dari taman-taman syurga. Subhanallah..
Aku dan keluarga mula mengatur langkah menuju Masjdi Nabawi. Hanya abah kami tolak menggunakan kerusi roda. Bimbang dia kepenatan. Dari Malaysia aku kerap bimbangkan abah memandangkan yang pergi hanya kami berempat adik beradik perempuan. Moga-moga Allah bantu permudahkan urusan abah.
Sambil berjalan sempat aku sebut pada mak di sebelah.
"Time kasih mak, dapat jugak sampai sini. " sambil mata memandang indahnya cahaya terang masjid.
" Sebabkan awak la ni. Sebab awak kita sampai sini." Kata mak penuh makna. Teringat dulu aku tak putus asa asyik merengek nak ajak mak abah ke sini.
Ayat yang kerap aku ulang,
"Mak, jom la mak. Bila lagi kita nak pegi sana sama-sama. Selagi mak dengan abah sihat, boleh lagi elok berjalan ni lah."
Syukur harini Allah tunaikan impian nak ke sini dengan mak abah.
Time kasih Allah..
Dari jauh hati rasa syahdu bila mata mula melihat pandangan menara masjid dan payung-payung yang telah sedia terbuka.
Allahumma Salli a'la Sayyidina Muhammad..
Allahumma Salli a'la Sayyidina Muhammad..
Allahumma Salli a'la Sayyidina Muhammad..
Aku selawat sambil mata lurus memandang masjid.
Ya Rasulullah..kami datang menziarahiMu...
JATUH HATI DENGAN MASJID NABAWI
| Ketenangan Masjid Nabawi di sepertiga malam. |
Pertama kali menjejak langkah di perkarangan Masjid Nabawi, hati di tiup rasa tenang dan sayu.
Aku meminta kakak, adik, mak dan abah melangkah dengan kaki kanan dan berhenti di pintu masuk masjid bernombor 25 itu seketika.
" Jap, Atam nak baca doa."
Lantas kuselak helaian buku umrah yang ditanda. Mak, abah, kakak dan adik seraya mengangkat menadah tangan.
" Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah. Ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku dari pintu kebenaran."
"Ya Tuhanku berikanlah aku dari sisimu hajat keterangan serta kekuasaaan yang menolongku. Ya Allah Ya Tuhanku selawat dan rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad s. a. w dan keluarganya. Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu- pintu rahmatMu padaku, dan masukkanlah daku ke dalamnya wahai Tuhan yang Maha Mengasihani."
Sebak..
Inilah masjid yang dibina Rasulullah S.A.W dan para sahabat dan pengikut setia baginda ketika awal penghijrahan baginda ke Kota Madinah. Masjid yang sama aku bersolat subuh hari ini.
Syukur Ya Allah.
Terima kasih kerana Engkau merezekikan kami ke sini.
Kulihat mak dan adik beradik juga sama sepertiku, menyeka air mata.
Tangis syukur.
Moga Allah menerima amal kami selama permusafiran ini..Amin..
![]() |
| Tenang memandang langit. Bulan waktu itu yang masih lagi penuh. |
![]() |
| Subuh hari yang sunyi tika masjid belum dipenuhi jemaah. Nyaman, sunyi, sepi, sejuk, tenang.. |
Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Pembawa Kebenaran
Kala sepertiga malam menunggu azan subuh, aku membuka Al-quran pertama kali di sini.
Hanya mengikut helaian yang bertanda yang akhir aku baca di Malaysia, mata berkaca pada ayat mengenai Rasulullah s.a.w.
![]() |
"Sesungguhnya kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seoarang pemberi peringatan."
( Faathir : 25)
|
Allahummasalli 'ala sayyidina Muhammad.
Aku di bumi kesayanganmu Ya Rasulullah..Aku berada di masjidmu..
Kedamaian Masjid Nabawi
![]() |
| Pintu masjid Uthman Bin Affan yang kami lalui setiap hari. |
![]() |
| Rekabentuk masjid yang dibina menambat hati yang memandang. Tiap kali kaki melangkah rasa ingin ku rakam semuanya menjadi memori indah. |
![]() |
| Lampu-lampu indah menaungi..Air zam-zam disusun rapi. |
![]() |
| Aku gembira di sini, gembira dengan kedamaian masjidnya, kemesraan penduduknya. Mungkin kerana kota ini dibangun sendiri oleh Nabi, ia jadi begitu dekat di hati. |
![]() |
| Rutin setiap hari menolak abah hingga ke pintu masjid di bahagian lelaki. |
![]() |
| Air zam-zam. Berdoalah ketika meminumnya dengan doa seperti berikut, " Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang berguna, rezeki yang luas, dan disembuhkan segala penyakit dengan rahmatmu, wahai Tuhan Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang."
Kami hanya minum sambil berdiri kerana rasulullah juga berbuat begitu hanya ketika minum air zam-zam. Keadaan yang sesak ketika usai solat juga adakalanya menjadi ruang pada yang ingin merebut pahala dengan menghulur air zam-zam kepada jemaah yang lalu. Juga yang bersedekah di subuh hari menderma kurma dan menghulur gula-gula kala mata kelayuan kala menunggu waktu Isya'.
Kami dikelilingi UmatMu yang baik-baik di sini wahai Allah.. |
![]() |
| Comel tak saya?? |
![]() |
| Suasana biasa pengajian Al-Quran di Masjid Nabawi selepas solat. Kebanyakannya sedang berusaha menghafaz Quran. Comel sangat budak-budak ni. |
![]() |
| Suasana biasa kanak-kanak berlari dalam masjid. Mereka datang ke sini barangkali lengkap sekeluarga. Moga jadi umat masa depan yang soleh. Sedar tak sedar sekian lama di sini suara anak-anak menangis tika solat tidak lagi mengganggu ibadat. |
Abah Yang Selalu Dipermudahkan Allah
Satu perkara yang menarik ketika di masjid Nabawi tentang abah adalah abah sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah dalam bentuk bantuan dari ramai orang. Kala pagi kami akan tolak abah hingga ke kaki masjid, akan ada saja hamba Allah yang membantu untuk terus menolak abah ke dalam masjid. Kadangkala ada yang menghantar kembali abah sampai ke pagar masjid. Dan ada juga yang menawarkan diri menolak abah hingga ke dalam hotel. Subhanallah..
Kadangkala tengah kami menolak abah, ada hambaNya yang meletakkan roti, dan buah strawberi di atas riba abah. Masya Allah..
Teringat pesanan seseorang sebelum pergi. Doa dan bersangka baik pada Allah. Husnuzhon, hanya Dia yang akan mampu bantu kita..
Benarlah kata Allah dalam satu hadis qudsi,
"Aku adalah seperti sangkaan hamba-hambaKu kepadaKu."
Waktu Dhuha Yang Mendamaikan
Oleh kerana ziarah kami di Madinah sekitar 5 hari, aku berpeluang sesekali mencuri masa bersendirian di masjid Nabawi.
Satu perkara yang menarik ketika di masjid Nabawi tentang abah adalah abah sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah dalam bentuk bantuan dari ramai orang. Kala pagi kami akan tolak abah hingga ke kaki masjid, akan ada saja hamba Allah yang membantu untuk terus menolak abah ke dalam masjid. Kadangkala ada yang menghantar kembali abah sampai ke pagar masjid. Dan ada juga yang menawarkan diri menolak abah hingga ke dalam hotel. Subhanallah..
Kadangkala tengah kami menolak abah, ada hambaNya yang meletakkan roti, dan buah strawberi di atas riba abah. Masya Allah..
Teringat pesanan seseorang sebelum pergi. Doa dan bersangka baik pada Allah. Husnuzhon, hanya Dia yang akan mampu bantu kita..
Benarlah kata Allah dalam satu hadis qudsi,
"Aku adalah seperti sangkaan hamba-hambaKu kepadaKu."
![]() |
| Wajah ceria abah yang sempat kurakam ketika menceritakan pengalamannya di raudhah |
Waktu Dhuha Yang Mendamaikan
Oleh kerana ziarah kami di Madinah sekitar 5 hari, aku berpeluang sesekali mencuri masa bersendirian di masjid Nabawi.
Tak dapat digambar tenangnya hati sendirian di masjid ini kala kebanyakan jemaah telah pulang selepas subuh hari.
Aku juga pulang ke hotel pagi hari. Namun usai sarapan, aku mintak izin dengan mak untuk kembali ke masjid. Mak dengan rela hati membenarkan.
Bismillahi Tawakkaltu Alallah..
Aku melangkah dengan penuh tenang..
Terasa yakin Allah akan jaga..
Bismillahi Tawakkaltu Alallah..
Aku melangkah dengan penuh tenang..
Terasa yakin Allah akan jaga..
![]() |
| Suasana masjid kala dhuha. Bunyi kicauan burung menjadi muzik yang amat mendamaikan..Subhanallah. rindu.. |
![]() |
| Waktu sendirian di sini dinikmati dengan solat sunat dan membaca Quran. Silalah cuba sendiri. Andai dikatakan sepi itu indah. Benarlah ini keindahan.. |
Kala aku bersendirian di sini, aku sempat ditegur oleh seorang pekerja di masjid Nabawi warga Indonesia.
"Udah ziarah belum embak?" tegurnya.
Aku yang terpinga disapa seraya menjawab, " Belum."
Warga Indonesia rupanya. Tak perasan dek terlindung wajahnya di balik niqab.
"Bukanya jam berapa ya?", tanyaku. Aku tau yang dimaksudkan ziarah itu adalah menziarahi raudhah yang terdapatnya maqam Rasulullah s.a.w.
"Kalau pagi, waktu ini udah dibuka.."
"Oo.." Kataku pendek. Dalam hati belum terfikir untuk masuk. Sekadar mahu sendirian di sini.
"Sudah lama kerja di sini? Bertuah ya kamu..dapat bekerja di Masjid Nabawi. Dekat dengan Rasulullah." Kataku.
" Alhamdulillah. Benar ya kak, barangkali Rasulullah sedang melihat ya? Kita kerjaan di sini." katanya senyum sambil menyusun.
Subhanallah..aku angguk. Benar dik. Baginda hidup di sisi tuhan dan sedang melihat kita. Sedang para syuhada itu tidak mati dan hidup dengan rezeki di sisi Tuhan, inikan pula Rasulullah kekasih Allah.
Aku termenung sendirian. Tiba-tiba aku melihat sekumpulan manusia berlari-lari ke pintu depan. Kulihat wanita berniqab dan berjubah hitam memegang sepanduk bertulis "Malaysia".
Oh. tentu giliran Malaysia untuk masuk ke raudhah.
Aku bangun mengikuti.
Kami diarah menunggu dan duduk di pintu luar.Namun selang beberapa lama menunggu, aku mengambil keputusan untuk kembali ke ruang masjid tadi bila melihat makin ramai yang membanjiri kawasan menunggu.
Kami diarah menunggu dan duduk di pintu luar.Namun selang beberapa lama menunggu, aku mengambil keputusan untuk kembali ke ruang masjid tadi bila melihat makin ramai yang membanjiri kawasan menunggu.
Tak mengapalah..
Kali ini biar rezkiku aku beri untuk orang lain. Aku pun kembali ke ruang tempat aku sendirian tadi, sambil solat dan memohon pada Allah supaya Allah memberiku pahala yang sama sebagaimana aku mendapat peluang masuk ke Raudhah. Aku memilih untuk tidak masuk kerana berniat untuk memberi peluang kepada yang hadir dan tidak menambahkan kesesakan Raudhah. Aku juga barangkali telah berpuas hati kerana telah diberi rezeki sebelumnya untuk masuk dan bersolat di sana sebanyak dua kali. Peristiwa yang akan aku ingati selamanya..
Kali ini biar rezkiku aku beri untuk orang lain. Aku pun kembali ke ruang tempat aku sendirian tadi, sambil solat dan memohon pada Allah supaya Allah memberiku pahala yang sama sebagaimana aku mendapat peluang masuk ke Raudhah. Aku memilih untuk tidak masuk kerana berniat untuk memberi peluang kepada yang hadir dan tidak menambahkan kesesakan Raudhah. Aku juga barangkali telah berpuas hati kerana telah diberi rezeki sebelumnya untuk masuk dan bersolat di sana sebanyak dua kali. Peristiwa yang akan aku ingati selamanya..
Sesungguhnya aku mengambil iktibar tentang pengalamanku di Raudah. Kisah ini akan kusambung pada entri akan datang. Juga ibrah dari lawatan ku di beberapa tempat bersejarah di sini..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Hanyalah namaMu, kupuji ku sanjung..























Alhamdulillah...sebak juga membacanya...
ReplyDeletesejuk je rasa...
rasa mcm nak gi masuk meminang je hihi...
Hihi..
DeleteAlhamdulillah..penyampaian dari hati akan sampai ke hati juga. InsyaAllah..