Menyambung kembali kisah Perjalanan Rohani Insan Kerdil ini..
Tiap kali menulis, kerinduan pada Tanah Haram terus memenuhi ruang hati..meruntun dan memanggil-manggil..
Rindunya...
Ditambah lagi dengan mendengar kisah sahabat yang baru pulang dari sana baru-baru ini..
Terdengar juga di sana-sini persiapan untuk haji tahun ini menambah ketukan pintu hati ini.
Tiada tempat yang setenang dan seindahnya..
Ya Allah jemputlah kami lagi..
Kami rindu..
Rutin Indah Setiap Hari
Kami berada di tanah suci kira-kira satu minggu selepas tinggal di Madinah selama kira-kira enam hari.Sepanjang berada di tanah suci, kami berenam beranak akan bersolat di tingkat satu berhadapan Pancur emas.
Keadaan mak dan abah yang berkerusi roda di sana membuatkan tempat ini menjadi tempat yang paling sesuai untuk kami solat. Keadaan landai, berdekatan dengan pintu keluar masuk memudahkan kami untuk menolak mak dan abah. Di hadapan saf wanita adalah saf lelaki terus berhadapan. Mudah untuk lihat keadaan abah di depan. Malah kami suka bersolat di sini kerana tiada halangan untuk memandang terus ke kaabah berbanding kawasan lain yang agak sesak dan terhalang pemandangannya. Kebetulan musim umrah ketika itu dikatakan agak ramai mungkin kerana musim panas mula menjengah tanah haram ini.
![]() |
| "Rutin indah subuh hari. Berjalan menuju masjid sambil bergilir menolak mak dan abah." |
![]() |
| "Pulang sambil menikmati pemandangan indah pagi hari. Bulan masih ada, burung merpati terbang mencari rezeki yang telah dijamin Allah." |
Pancur Emas
![]() |
| "Port favourite kami." |
![]() |
| "Selain waktu solat yang lima, waktu diisi dengan solat sunat, membaca Al-quran, berzikir atau paling tidak menatap Kaabah yang pekat hitam itu tanpa rasa jemu.." |
![]() |
| "Kadangkala kami tak mahu balik ke hotel. Kami makan berhampiran pintu keluar masjid. Berkumpul bersama sambil makan bersama mak dan abah. Nikmat mana yang mampu aku dustakan..Subhanallah" |
![]() |
| "Kadangkala abah tak mahu pulang ke hotel, antara satu waktu ke waktu seterusnya tidurlah dia beralaskan saf karpet hijau ini." |
Turun ke Kaabah.
Pertama kali aku menjejak kaki ke tingkat bawah aras Kaabah adalah pada hari ke dua berada di sana. Selepas solat Asar petang itu, aku mengajak adikku yang bongsu untuk turun bila melihat keadaan yang kurang sesak di bawah sana.Kami turun.
Berjalan terus ke bahagian hadapan Multazam. Kelihatan dari jauh tiada ruang kosong untuk aku dan adik untuk solat sunat. Namun dalam hati aku berdoa agar Allah memberi rezeki kepadaku dan adik. Allah yang memberi rezki. Bisikku yakin..
![]() |
| "Suasana hening kala asar menuju maghrib. Ya Allah aku tenang di sini.." |
Sampai di ruang solat wanita, Alhamdulillah, sebagaimana sangkaan hambaNya, tiba-tiba ada ruang kosong yang kurasa amat selesa untuk kami berdua. Terima kasih Allah. Aku dan adik tak membuang masa. Terus cepat2 membentang sejadah..Kedudukan kami betul-betul selari mengadap pintu Kaabah..
Aku tarik nafas dalam...
Peluang pertama sujud di sini..barangkali akan timbul persoalan apakah yang patut aku minta?
Multazam adalah antara tempat yang mustajab doanya..
Mahu jodohkah?
Mahu kayakah?
Mahu bebas hutangkah?
Mahu naik pangkatkah?
Bukan..aku telah ada satu tujuan paling besar mengatasi semuanya..
"Allahuakbar." Ungkapku perlahan mengangkat takbir..
Terasa ke ia mengalir ke seluruh nadi akan jiwa kehambaanku.
Terasa diri ini tiada apa2.kosong..serba tiada..
Kulantunkan doa iftitah..
"Wajjah tu wajhialillazi fathorossamawa tiwalard ... hanifan'muslima"
"Ku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan lurus dan berserah diri.."
Air mata mula bergenang..
Aku mengadapkan wajahku kepadaMu yang menciptakan aku wahai Allah..
Aku sedang mengadapMu..rayuku dalam hati..
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a'lamin.."
"Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam."
Lafaz ikrarku kepada Allah ku hayati sepenuh hati..
Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu Ya Allah..
Segalanya kurnianMu kepadaku termasuk diriku sendiri ini adalah milikmu Ya Allah..
Aku menyerahkan diri..
seluruhnya..
Aku tidak mampu mensyukuri semua nikmat kurniaanMU Ya Allah..
Aku tak mampu mensyukuri nikmat yang aku masih diberi kehidupan sehingga ke saat ini.
Aku berhutang banyak padaMu Ya Allah..
Apa lagi yang patut aku minta melainkan merayu kepadaMu agar Engkau mengampunkan segala dosa-dosaku..bukan hanya pada sebesar-besar dosaku. Tapi juga segenap ruang hidupku yang tidak mampu aku syukuri..aku tak mampu mensyukuri semuanya Ya Allah..
Kerana nikmat pemberianMu telah terlalu banyak..Aku tidak tertanggung..
Tiada lain lagi kemampuanku melainkan memohon keampunan darimu...
Air mata mengalir..Tak tertanggung rasa itu..Hati rasa disiat-siat..
Wahai Allah..aku mohon padaMu..ampunkan segala dosa-dosaku..Dosa-dosa laluku, malah dosa-dosa di hari akan datangku..Dosa-dosaku hingga hembus nafas terakhirku..
Ampunkan lah segalanya Ya Allah..
Engkau Maha Pengampun..
Ampunkanlah..ampunkanlah hambaMu ini...
![]() |
| Ya Allah Ya Ghaffar.. YA Ghaffar... Ya Ghaffar.. Ku seru nama itu dalam sujud panjangku..hingga usai solat taubatku.. |
Belajar tentang Taqwa
Seketika kala solat subuh aku datang awal untuk bertahajjud seperti biasa. Aku duduk di saf paling tepi bersebelahan kakak, mak dan adikku. Sementara menunggu waktu subuh kulihat hamba Allah dari segenap pelusuk dunia mulai memenuhi ruang solat.![]() |
| "Keadaan tenang waktu sebelum subuh." |
Melihat di sebelahku yang masih ada ruang kosong, spontan aku berdoa, moga-moga akan datang ke sebelahku seorang Hamba Allah yang baik hati, kaya jiwa, seorang yang yang hebat, berkelebihan yang boleh ku ambil hikmah atau pengajaran darinya.
Tiba-tiba ketika subuh hampir menjelang tiba, datang kesebelahku seorang wanita tua yang ku kira warga India atau Pakistan. berbaju warna-warni, berseluar dan berselendang. Fizikalnya kurus cengkung, tidak menarik dan agak berbau.
Serta merta hatiku timbul rasa tak selesa. Kenapalah dia ni nak duduk sebelah aku.Bisik aku dalam hati. Namun perasaan itu hadir sebentar cuma. Aku tiba2 teringat kembali bisik doaku tadi, namun dilintaskan dengan ayat Allah dalam Surah Al-Hujurat.
"Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu)." (Al Hujurat:13)
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Serta merta hatiku diruntun rasa bersalah yang amat dalam..
Aku kesal.. Maafkan aku Ya Allah...Sombongnya aku ini..Astaghfirullahal azhim..
Aku solat subuh pagi itu dengan tangisan..
Aku menangis membayangkan ada ribuan hamba Allah di kala ini sedang berkumpul di masjid yang mulia ini. Sama-sama bersolat dan sujud patuh pada Allah yang satu. Tidak kira laki-laki atau perempuan. Tidak kira bangsa dan suku keturunan. Namun kata Allah dalam ayatnya itu,
"Aku Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal..."
Ya Allah. Aku lupa kami semua di sini sama saja di pandanganMu..
Tidak ada bezanya kami semua ini. Yang hanya membezakan kami adalah Taqwa yang ada di dalam hati kami yang hanya Engkau semata-mata yang mampu melihatnya..
Hamba Allah di sebelahku ini mungkin saja kelihatan comot dan compang camping fizikalnya. Tapi boleh jadi dia ini dikenali dan disayangai segenap makhluk langit dan bumi. Boleh jadi dia lebih mulia kerana Taqwanya di dalam hati jauh melebihi apa yang ada dalam diriku dan yang lainnya..
Hanya Engkau mampu melihat apa isi hati kami ini Ya Allah..
Aku terasa kecil..
Kerdil sekali membayangkan, Ya Allah, bagaimana Engkau mahu melihat Aku ini di kalangan ribuan orang di sini. Apa lah istimewanya aku yang membuatkan Engkau ingin melihatKu di sini..
Aku menangis dalam solat subuhku..
Ditanya oleh kakakku. Kenapa. Kataku, aku teringat ayat Allah yang satu itu...
Kakakku diam..memandang nun jauh ke Kaabah.
Melihat ribuan umat di sini buat kami rasa insaf..
Sesungguhnya kami ini hanyalah HAMBA...
![]() |
| “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim) |
Sambung lagi jika diberi rezeki..InsyaAllah...




















No comments:
Post a Comment