Sekian lama tidak menulis sambungan perjalanan rohani ketika berumrah.
Tanpa diduga, ketika pulang dari umrah Allah mendatangkan rezekinya buat hamba kerdil ini. Rezeki yang bertimpa..Subhanallah..
Mungkin umrah sebagai asbab. Yang mahu ditunaikan oleh Allah itu hanya apabila diri kita telah bersedia menanggungnya. Umrah itu sendiri adalah rezeki yang besar, dan pertunangan serta pernikahan itu juga sesuatu yang besar. Benar pesan seseorang kepada saya. Syukurlah. Lagi kita bersyukur, lagi Allah tambah. Lagi tambah, lagi syukur..Subhanallah.
"Lain syakartum laazidannakum walain kafartum inna adzaabi lasyadid"
Di kesempatan ini, sempat juga mencuri masa untuk menulis dalam kesibukan menunai tanggungjawab baru sebagai isteri dan ibu. Dan bila memulakan kembali perjalanan umrah ini, hati kembali rindu untuk kembali ke sana..
Ya Allah..jemput kami lagi. Kami rindu...
.....................................
-Rosya-
26 Ramadhan 1437H
![]() |
| "Most beautiful moment @ Masjidil Haram, Makkah 3-8 Mac 2016" |
Ibadat Saie Mengenang Pengorbanan Hajar
Pertama kali memulakan ibadah sai'e aku hanya menggenggam buku umrah andalusia sambil berjalan bersama adik yang menolak abah. Aku hanya mengikut sepertimana doa di buku. Bila tiba di lampu hijau aku mengangkat buku dan membaca dengan kuat doa yag dibekalkan.
"Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami dengan kemurahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui, dan Engkaulah Yang Maha Mulia lagi Maha Pemurah. "
Berhati-hati aku membaca. Sambil memandang buku dan berhati-hati dengan langkah yang diatur. Maklumlah laluan untuk kerusi roda yang selalu sesak dan agak huru hara dengan pelbagai ragam orang yg menolak.
Aku cuba berlari anak di kawasan ini.
Cuba menghayati bagaimana Siti Hajar yang berlari-lari mencari air untuk anak yang disayangi Nabi Ismail. Terkenang kata Ustaz, sesungguhnya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. Sekalipun Hajar berlari jauh tujuh pusingan dari Safa ke Marwa dan sebaliknya berulang-ulang kali, akhirnya air buat menghilang dahaga itu terpancar hanya dari tapak kaki Nabi Ismail. Subhanallah..
Iktibar pada aku supaya sentiasa meyakini andai Allah mahu memberi rezeki sesungguhnya ia sesuatu yang teramat-amat mudah bagiNya.
Teringat janji Allah dalam ayat seribu dinar :
"Barangsiapa yang bertawa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, NESCAYA Allah akan mencukupkan keperluannya."
[At-Talaq : ayat 2-3]
Subhanallah. Janji Allah untuk kecukupan kita. Nescaya...
Tapi cukup kuatkah kita bergatung rezeki hanya kepada Dia semata?
![]() |
| "Mak dan abah ketika di bukit Marwa. Melambai ke arah Baitullah dan bertakbir." |
Rezeki Abah ketika Sai'e
Belum sampai pusingan kedua, aku tiba-tiba di sapa seorang lelaki berusia 30an tinggi dan berbadan tegap. Tiba-tiba dia menawarkan diri untuk membantu menolak abah. Aku dan adik tak sengaja mengangguk, lantas ditolaknya abah dengan lajunya. Aku dan adik mula berpadangan dan serba salah bila abah mula hilang dari pandangan. Risau..bimbang.. Lantas aku mengambil keputusan mengejar semula abah.
Bila mengenang semula, hati aku dicuit rasa lucu. Teringat kami berdua kelam kabut melihat abah ditolak laju hilang dari pandangan. Macamana kalau orang tu bawak lari abah? Mungkin dia nak merompak?
Astaghfirullah...astaghfirullah. Sangka baik atam. Husnuzhon.Bisikku dalam hati.
Akhirnya aku berjaya mengejar kembali abah. Namun lelaki muda tadi tetap degil mahu membantu menolak abah.
" No payment sister, just let me finish it, khalas.." katanya senyum sambil meletakkan sebelah tangan di dada dan menunduk sedikit.
Aku dan adik akhirnya mengalah. Lagipun kulihat airmukanya kelihatan jujur dan dia juga putih berpakaian ihram. Aku biarkan dia menolak abah hingga dia menghabiskan baki sa'ienya. Sebelum memulangkan abah aku lihat dari jauh dia singgah menghulur air zam-zam untuk abah kemudian menghantar abah kepada kami. Nampak peluh basah mengalir membasahi dahinya.
"Thank you sir. Thank you very much. May Allah grant you Jannah."
Dia terus berlalu dengan cepat sekali. Tak pasti dia sempat mendengar doa aku. MasyaAllah..ikhlasnya dia mencari-cari pahala. Kulihat abah tersenyum.
Kata abah, orang tu menolak dengan laju tetapi cermat . Abah kata dia menolak abah betul2 sampai ke puncak bukit dan akan membisikkan doa dan zikir setiapkali sampai di Safa dan Marwa..
Alhamdulillah..rezeki abah kataku dalam hati.
Sepanjang menolak ketika sai'e seperti biasa aku tidak banyak bercakap. Kadangkala mak yang suka memerhati pelbagai gelagat manusia di sana sempat mengomel-ngomel sendirian. Aku dan adik beradik lain biasanya akan mencelah ,
"Mak, cer zikir. Daripada mak membebel baik ingat Allah." Lantas mak akan mengangguk perlahan menerima teguran lembut anak-anak. Lantas kedengaran dia berzikir semula. Sekejap bertasbih, sekejap berselawat, sekejap istighfar.
Alhamdulillah..
Sabar ajalah. Gelihati pulak kalau kami bila teringat gelagat mak dan abah di sana.Rasa rindu nak berkhidmat sebegitu kepada mereka lagi. Syukur Allah beri kesempatan ini. Syukur Ya Allah..
![]() |
| "Bergilir-gilir menolak abah dan mak. Kenangan indah berbakti kepada keduanya yang tiada galang ganti." |
Akhir Sa'ie aku mebacakan doa tamat Sa'ie. Menghayati bait-bait doanya aku sebak lagi.
"Ya Tuhan, kami memohon diterima amalan kami, maafkanlah dan ampunkanlah kami. Berikanlah kami pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung harap kepada orang lain melainkan dari Engkau Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan di dalam hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi manfaat dan kurniakanlah kepadaku perasaan ingin kepada perkara-perkara yang membawa keredhaan Engkau wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan."
"Amin Ya rabbal a'lamin.."
Kami mengaminkan dengan penuh rasa tenang.
Ya Allah Ya Tuhanku. Apalah makna kehidupan kami ini andai di penghujung kami nanti Engkau tidak redha kepada kami. Sedangkan keredhaanMu itulah cita-cita hakiki. Cita-cita yang terulung kami.
Setiapkali menyebut tentang keredhaan Allah. Hati aku mudah jadi sayu mengingat ayat Allah dalam Surah Al-Hijr, 89, ayat ke 27-30.
"Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kepada TuhanMu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaKu (yang soleh). Dan masuklah ke dalam syurgaKu."
Allah..
RedhaMu yang aku cari. Redhamu adalah cita-cita di atas segala cita-citaku..
Panggillah kami di hujung nafas kami nanti dengan lembut seperti ayatMu ini. Jemputlah kami ke syurgaMu saat kami di hujung nafas kami. Kabarkanlah kami syurgaMu agar hari kematian kami nanti menjadi hari terindah dalam hidup kami.
"Jom kita pegi hujung sana sikit mak, abah. Kita bergunting. Ini last..lepas tu selesai.."
Adik mengeluarkan gunting kecil yang dibawa dalam beg. Abah menggunting sedikit hujung rambut-rambutnya yang telah putih. Diikuti mak dan kami adik beradik melindungi satu sama lain menggunting beberapa helaian rambut masing-masing dari balik telekung.
Aku membaca doa.
" Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Ya Allah Ya Tuhan..."
"Inilah hujung rambutku di TanganMu, maka jadikanlah tiap-tiap helai rambut itu cahaya bagiku pada hari kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan yang Amat Luas Pengampuan."
"Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadah-ibadahku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatkanlah aku dengan darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang Islam."
"Ya Allah Ya TuhanKu tambahkanlah iman dan keyakinan diri, berikanlah taufik dan pertolongan kepadaku dan amlunilah kami serta ibu bapa kami. Selawat dan salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Amin..."
Selesai Umrah
Syukur Alhamdulillah. Kami telah keluar dari Ihram.
Bermakna kami telah selesai umrah. Buat pertama kali dalam hidupku.
Kami berpelukan. Kucup tangan mak dan abah..
Saat ini di kepalaku terkenang-kenang hadis berkenaan umrah yang sering disebut..yang ku baca sebelum ini.
Subahanallah..
Ya Allah...
Adakah amal ibadatku yang hanya beberapa jam ini telah menghapus dosaku yang banyak selama 32 tahun ini? Terhapuskah sudah Ya Allah?
Terkenang kata Prof Kamil dalam bukunya.
Dalam ibadah umrah itu, adanya sifat Allah Sifat Pemurah dan Penyayang Allah. Umur selama usia kita Allah hapuskan kesemuanya. Kesemuanya..Ya Allah..pemurahnya Engkau..sedang aku ini kurang syukur dan banyak dosa..
Tapi Engkau, Maha Pengasih..
Maha Penyayang..
Maha Pengampun..
Subhanallah..Betapa besar erti umrah ini buat kami.
Allahuakbar..
Subhanallah.. Terima kasih Ya Allah..Terima kasih..
"Ya Tuhan, kami memohon diterima amalan kami, maafkanlah dan ampunkanlah kami. Berikanlah kami pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung harap kepada orang lain melainkan dari Engkau Matikanlah kami di dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan di dalam hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi manfaat dan kurniakanlah kepadaku perasaan ingin kepada perkara-perkara yang membawa keredhaan Engkau wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan."
"Amin Ya rabbal a'lamin.."
Kami mengaminkan dengan penuh rasa tenang.
Ya Allah Ya Tuhanku. Apalah makna kehidupan kami ini andai di penghujung kami nanti Engkau tidak redha kepada kami. Sedangkan keredhaanMu itulah cita-cita hakiki. Cita-cita yang terulung kami.
Setiapkali menyebut tentang keredhaan Allah. Hati aku mudah jadi sayu mengingat ayat Allah dalam Surah Al-Hijr, 89, ayat ke 27-30.
"Wahai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kepada TuhanMu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaKu (yang soleh). Dan masuklah ke dalam syurgaKu."
Allah..
RedhaMu yang aku cari. Redhamu adalah cita-cita di atas segala cita-citaku..
Panggillah kami di hujung nafas kami nanti dengan lembut seperti ayatMu ini. Jemputlah kami ke syurgaMu saat kami di hujung nafas kami. Kabarkanlah kami syurgaMu agar hari kematian kami nanti menjadi hari terindah dalam hidup kami.
"Jom kita pegi hujung sana sikit mak, abah. Kita bergunting. Ini last..lepas tu selesai.."
Bercukur
Selepas tujuh pusingan, maka kami sampai ke penghujung Bukit Marwa. Kami berkumpul enam beranak untuk mengerjakan rukun akhir sebelum selesai umrah kami, bercukur.Adik mengeluarkan gunting kecil yang dibawa dalam beg. Abah menggunting sedikit hujung rambut-rambutnya yang telah putih. Diikuti mak dan kami adik beradik melindungi satu sama lain menggunting beberapa helaian rambut masing-masing dari balik telekung.
Aku membaca doa.
" Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Ya Allah Ya Tuhan..."
"Inilah hujung rambutku di TanganMu, maka jadikanlah tiap-tiap helai rambut itu cahaya bagiku pada hari kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan yang Amat Luas Pengampuan."
"Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadah-ibadahku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya satu kejahatan, angkatkanlah aku dengan darjat, ampunilah aku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang Islam."
"Ya Allah Ya TuhanKu tambahkanlah iman dan keyakinan diri, berikanlah taufik dan pertolongan kepadaku dan amlunilah kami serta ibu bapa kami. Selawat dan salam ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Amin..."
Selesai Umrah
Syukur Alhamdulillah. Kami telah keluar dari Ihram.
Bermakna kami telah selesai umrah. Buat pertama kali dalam hidupku.
Kami berpelukan. Kucup tangan mak dan abah..
Saat ini di kepalaku terkenang-kenang hadis berkenaan umrah yang sering disebut..yang ku baca sebelum ini.
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Antara umrah yang satu dan umrah lainnya, itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan syurga.”
(HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349)
(HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349)
Subahanallah..
Ya Allah...
Adakah amal ibadatku yang hanya beberapa jam ini telah menghapus dosaku yang banyak selama 32 tahun ini? Terhapuskah sudah Ya Allah?
Terkenang kata Prof Kamil dalam bukunya.
Dalam ibadah umrah itu, adanya sifat Allah Sifat Pemurah dan Penyayang Allah. Umur selama usia kita Allah hapuskan kesemuanya. Kesemuanya..Ya Allah..pemurahnya Engkau..sedang aku ini kurang syukur dan banyak dosa..
Tapi Engkau, Maha Pengasih..
Maha Penyayang..
Maha Pengampun..
Subhanallah..Betapa besar erti umrah ini buat kami.
Allahuakbar..
Subhanallah.. Terima kasih Ya Allah..Terima kasih..




No comments:
Post a Comment