Sunday, 10 April 2016

UMRAH - PERJALANAN ROHANI INSAN KERDIL (5)

Tak sabar rasanya memulakan penulisan kali ini. 
Buat yang pernah dijemput mengerjakan umrah, episod perjalanan pertama kali ke Tanah Haram pasti takkan dapat dilupakan.

Kami memulakan perjalanan dari Madinah pada 1 Mac 2015 hari Selasa bersamaan 22 Rabiulawal 1437H. Kala aku menulis entri ini, bermakna telah lebih sebulan aku meninggalkan kota Makkah. Namun kerinduan pada Baitullah sentiasa mengusik hati.
Kerinduan yang tak dapat diubati melainkan aku kembali lagi ke sini.

Moga Allah menjemput aku, keluarga dan kalian semua yang ada menyimpan keinginan di hati sanubari masing-masing untuk diberi rezeki menjejak kaki ke sini..

Amin..

PERMUSAFIRAN  MENUJU ALLAH

Pagi itu, sesudah melakukan ziarah wida, membersihkan diri dengan mandi dan solat sunat ihram, kami sekeluarga mula bersiap untuk terus menaiki bas, untuk memulakan perjalanan ke Tanah Suci.

Seronok melihat abah yang terkial-kial mengikat pakaian ihramnya, sambil kami berbalah-balah cuba mengingat bagaimanakah cara ikatan yang betul yang diajar mutawwif dulu.

Hati aku mula diruntun sayu sebaik melangkah duduk di dalam bas, melihat masing-masing yang putih suci berpakaian ihram. Moga beberapa hari kami di Masjid Nabawi mampu membersihkan hati kami  sebersih pakaian kami ketika ini.

Mutawwif mengetuai bacaan doa musafir. 
Masjid Nabawi aku pandang sehingga tidak kelihatan lagi..Selamat tinggal Madinah.
Selamat tinggal Ya Rasulullah..

Wahai Allah..
Waktu yang kami tunggu telah tiba.
Kami sedang  menuju rumahMu Ya Allah..


Wajah berseri masing-masing. Hati girang yang bercampur tenang. 
Mengharap semoga Allah memberkati perjalanan ini.

Selepas berniat ihram di Miqat iaitu di Masjid Bir Ali, kami meneruskan perjalanan menuju ke kota Makkah. Melangkah semula ke dalam perut bas selepas berniat Ihram, ingatanku mula kembali kepada pesanan-pesanan mutawwif ketika di kursus umrah dulu.

Waktu di dalam bas dari Bir Ali menuju ke Kota Makkah adalah waktu-waktu yang 'crucial' atau waktu-waktu yang 'kritikal'.
Masih aku ingat pesanan mutawwif, katanya waktu inilah kita perlu membersihkan hati kita sebersih-bersihnya. Andai ada dendam dengan sesiapa saja dalam hati kita, lepaskanlah perasaan itu. Andai masih ada rasa marah kepada sesiapa jua ketika kita di tanah air, lupakanlah semuanya.
Maafkan dan redhakanlah semuanya.

Perjalanan kita ini adalah perjalanan menuju Allah..

"Jauh beribu batu kita datang bersama dengan dosa-dosa yang banyak mengharap supaya Allah mengampunkan kita. Tapi cuba kita renungkan andai waktu ini Allah tidak mahu menerima kehadiran kita. Allah tidak sudi menerima kehadiran kita.." Katanya perlahan.

Aku masih ingat pesanan ini. Kala mutawwif berpesan lembut ketika kursus itu, kulihat rata-rata tunduk dan mengesat air mata. Aku juga begitu..Tidak terlawan ego diri. Sombong lagikah kita dengan kebesaran Allah yang memberi sekian banyak rezeki kepada kita hari ini. Layakkah kita berasa lebih besar dari manusia lain..

Dan benarlah pada hari ini, pesanan itu aku alami hari ini.
Kala hari kian gelap, aku bermuhasabah diri memohon dan mengharap, agar Allah sudi menerima kehadiran aku..

Aku datang padaMu Ya Allah..Terimalah kehadiranku..

Mengalir air mata kala kami sama-sama melafazkan tarbiyah.
Indahnya lafaz ini hingga mampu melembutkan hati-hati. Terasa lafaz yang kulantun dengan lidah itu menyusup masuk ke dalam hati yang paling dalam..

1. Labbaik Allahumma Labbaik: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 2. Labbaika la syarika laka labbaik: Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. 3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka: Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
"Labbaik Allahumma Labbaik, labbaika la syarika laka labbaik inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulk la syarika laka"

"Aku sahut panggilaMu Ya Allah."
 "Aku sahut," 
 "Tidak ada sekutu bagiMu Ya Allah, kami sahut."
"Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu Ya Allah."

"Tiada sekutu bagiMu."

Aku  menangis..

Segalanya kepunyaanMu Ya Allah..Aku tiada apa-apa..
Aku datang dengan dosa..Aku datang dengan harapan..

Tiada sekutu bagiMu Ya Allah..Tiada sekutu bagiMu...

. Labbaik Allahumma Labbaik: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 2. Labbaika la syarika laka labbaik: Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. 3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka: Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ
. Labbaik Allahumma Labbaik: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. 2. Labbaika la syarika laka labbaik: Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. 3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka: Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu Ya Allah.
HambaMu datang kepadaMu HambaMu datang kepadaMu.." 

Perjalanan kami sunyi sepi bila malam kian pekat. Ada yang melelapkan mata, dan barangkali ada yang beristighfar dan bermuhasabah diri.
Suasana mula bangkit kembali bila mutawwif mengumumkan yang rombongan kami telah pun memasuki tanah haram..

Syukur Alhamdulillah..
Hanya lafaz tahmid yang mampu aku ungkapkan..
Sebentar lagi dengan izinMu, masuklah aku ke Baitullah..masuklah aku ke rumahMu Ya Allah..

Adik yang duduk di sebelahku tiba-tiba menyinggung bahuku..

"Atam tengok tu. Tuu...Menara jam Makkah." dia senyum memandang ke tingkap.

"Ya Allah.." aku senyum gembira..

Aku capai handphone, sambil memanggil mak dan kakak.

Kami exited..
Hati berbunga..
 

Yang sempatku rakam dari dalam bas. Kelihatan dari jauh kehijauan menara jam Makkah. Hati makin teruja.



LANGKAH MENUJU ALLAH

Selepas meninggalkan beg dan barang di hotel, kami mula bergerak mengikut kumpulan dipimpin mutawwif yang ditugaskan.

Masih aku ingat. Waktu itu kira-kira jam 11.30 malam.
Aku menolak mak menaiki kerusi roda. Angah menolak abah. Demikian sepanjang kami di sana bergilir-gilir menolak Mak dan Abah.

Kami mula menghayun langkah ke masjid..

"Bismillahir rahmanirrahim..Rabbi Yassir wala tu'assir wa tammim bil khair.. "

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik pada ibu bapamu. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku sewaktu kecil."
(Al-Isra: 23-24).
PERTAMA KALI MELIHAT KAABAH

Langkah demi langkah diatur hingga tiba di perkarangan masjid. Kelihatan dua menara yang mengapit pintu King Fahd.

Indah..Suasana rasa tenang walau sesak dengan ramai orang di perkarangan.

Pintu King Fahd yang dilihat waktu malam..

Mutawwif mula berhenti di perkarangan masjid dan memberi taklimat. Jemaah akan dibawa tawaf di tingkat bawah. Kami berfikir di dalam hati. Tak apalah, memandangkan mak dan abah berkerusi roda, kami mengambil keputusan untuk bergerak sendirian untuk memulakan tawaf di tingkat 1.

Berbekalkan ilmu menghadiri kursus dan buku panduan umrah yang ada di tangan, kami tawakkal melangkah masuk ke masjid. Memasuki pintu masih tidak kelihatan kaabah, melainkan kesibukan jemaah yang sentiasa memenuhi masjid. Kami terus bergerak mengatur langkah ke mataf.

Sebaik kaki memijak mataf, nun di hadapan aku tersergam indah objek hitam pekat..
Bersinar bersamanya tulisan berwarna emas berkilau berseri di bawah limpahan cahaya putih terang..

Langkah kami serentak terhenti seketika.

"Kaabah.." bisikku sepatah di dalam hati..

Sebak..

"Cantiknya Ya Allah.." kataku lagi..

Air mata mula bergenang..

Sayunya hati..
Inilah dia kaabah yang selalu engkau lihat dulu..
Kaabah yang selalu engkau rindukan sekian kali walaupun belum pernah sekali pun engkau ke sini..
Yang kau tangisi setiap kali melihat di televisyen jemaah beribadat di sini  kala musim haji..
Yang kau tampal di buku nota, di sisi katil, di dinding pejabat, dan yang kau renung di skrin komputer.

Hari ini Allah mengizinkan engkau melihatnya sendiri. Engkaulah tetamuNya..aku berbisik dengan diri sendiri.

Terima kasih Allah..
Masih ku ingat indahnya perasaan ini. Jatuh cinta pandang pertama pada keindahan Kaabah.
Hati aku menangis kesyukuran..
Aku tau yang lain juga sebak.

Adik bongsu pula berbisik,
" Dulu Asu dari kecik sebelum tidur selalu terbayang Kaabah. Waktu tu Asu selalu doa nak pegi sini walaupun masa tu Asu kecik lagi. Asu tak tahu apa-apa tapi tak tau kenapa tiap malam dari kecik Asu selalu doa nak pegi sini." katanya membuatkan kami adik beradik hampir nak menangis dengan kuat.

Kami mengesat air mata sambil menikmati pemandangan ini beberapa ketika hingga aku mencelah.

"Mak, abah, Atam nak baca doa melihat kaabah." sambil  mula menyelak buku panduan yang telah bertanda.

Kami sekeluarga menadah tangan. Aku membaca, sambil yang lain mendengar dan berdiri mengadap kaabah. Memandang sayu ke hadapan.

"Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar. Tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintahkan segala sesuatu, baginya segala pujian dan Dialah Tuhan Yang Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu."

Maksud doa menusuk ke hati yang paling dalam..

"Aku memohon perlindungan Tuhan rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, dan kemiskinan, azab kubur, dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahteraNya mencucuri ke atas Saidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya."

" Ya Allah. Tambahlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kehebatan, ketinggian dan kebajikan."


AMIN...

Dalam sebak kami terus mengatur langkah untuk tawaf..

TAWAF YANG MENGINSAFI DIRI

Kumulakan dengan lafaz niat tawaf dan diaminkan oleh mak yang aku tolak.

Inilah pertama kali aku berada di atas mataf. Kenangan yang tak mungkin aku lupakan..
Memandangkan aku menolak mak, aku tak dapat membaca doa setiap pusingan yang disediakan di dalam buku panduan umrah. Cukup pada aku dengan mematuhi syarat tawaf.

Setaip kali melambai di hajarul aswad aku akan melafaz bismillah dan bertakbir. Tangan kucium dengan membayangkan ciumanku kepada harumnya hajarul aswad. Wangi..

Sepanjang tawaf aku hanya melafaz zikir yang disarankan jemaah mebacanya.
"Subhanallah, Alhamdululillah, Alluakbar, Walahawla Wala Quwwata illah billahil a'liyyil a'zhim. "
Itulah zikir yang ku ulang-ulang. Tiada lain..Aku bukan orang pandai. Aku hanya orang berdosa yang menginginkan pengampunanNya.

Tiada daya upayaku ku Ya Allah melainkan dengan izinMu..

Tiapkali melintasi Rukun Yamani hingga kembali ke Hajarul Aswad pula, cukup bagiku dengan doa yang diajar Allah di dalam Al-Quran,

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"

"Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka.” 
(QS. al-Baqarah : 201).

Hanya itulah doa ringkas yang kulafaz tidak putus. Aku lafaz hingga ia mampu didengari di telinga mak. Doa ini bagiku cukup bermakna dan mencakupi segala-galanya.
Kebaikan dunia, kebaikan akhirat, dan dilindungi dari api neraka.

Aku tidak mahu memohon segala hajat dan keinginan dunia semata. Kerana dengannya aku takut aku tersilap dalam meminta. Aku kerdil. Aku tak tahu..barangkali aku mengingini duniaku sebegitu dengan ilmu cetekku ditambah pula dengan keinginan nafsuku. Namun aku tidak tahu andai ia mungkin tidak baik untuk akhiratku..Nauzubillah..

Namun aku juga manusia biasa yang tetap memerlukan kebaikan di dunia. Dengan Allah Yang Maha Kaya aku memohon. Dan moga kebaikan dunia ini akan menjadi kebaikan juga untukku di akhirat nanti. Itulah yang aku harap dan dambakan..

Lantas makna doa ini bagiku adalah yang terbaik untuk diriku yang tidak mengetahui. Hanya  Allahlah jua yang Maha Mengetahui segala yang aku perlukan.

Ku serah segalanya padaMu Ya Allah..Aku hanya HambaMu yang kerdil..


 “….Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu Tidak mengetahui.” 

(QS. Al Baqarah 2: 216)

"Keadaan di atas mataf yang sempat kurakam kala siang hari. Tiapakali aku melihat ianya sentiasa dipenuhi manusia bagai tiada ruang kosong lagi, namun Allah akan sentiasa memberi ruang itu buat hambaNya. Subhanallah."

Selesai saja pusingan terakhir tawaf kami susur ke pinggir mataf. Melihat ruang kosong, kami letakkan mak dan abah di kiri dan kanan mengadap kaabah. Kami bertiga beradik diapit di tengah-tengah.

Kami bentang sejadah. Kami solat sunat.

"Allahuakbar.." aku menarik nafas tenang mengangkat takbir..

Damai sekali perasaan ini..

"Allahuakbar.." aku sujud perlahan..Tenang.
Tidak kupedulikan umat yang lalu lalang. Hatiku hanya mengingat di hadapanku adalah Kaabah. Rumah Allah Yang Maha Berkuasa. Yang menguasai seluruh diriku..

Mencecahkan dahiku di atas mataf..
Meletakkan wajah angkuhku selama ini di tempat kaki yang memijak. Kala kedudukan hati ini letaknya lebih tinggi dari kepala.
Hati aku meruntun sayu..Jiwa fitrahku sebagai hamba memenuhi segenap ruang diri.

"Ya Allah..kepadaMu aku berserah diri.. Tiada daya upayaku melainkan dengan IzinMu Ya Allah.." bisikku dalam sujud yang panjang..

Salam ku beri.

Aku membaca doa solat sunat tawaf. Kami menadah tangan mengadap kaabah dengan air mata syukur yang terus mengalir membasahi pipi. Tiap baris doa dihayati, akan ada ayatnya yang membuat air mata aku mengalir laju tanpa dapat ditahan lagi..

"Ya Allah Ya Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku dan perbuatanku yang terang, maka terimalah keuzuranku. Dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku.." 

Aku terus membaca dengan suara yang penuh getar..

"Ya Allah Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku meminta kepadaMu iman yang teguh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan." 

"Aku pohon keredhaan dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yang menolongku di dunia dan di akhirat, maka matikanlah aku di dalam Islam dan sertakanlah diriku bersama orang yang soleh." 

Aku menangis..

"Ya Allah Ya Tuhan janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat yang mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan hati di kalangan kami melainkan Engkau menghilangkan dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan kemudahan bagi segala urusan kami."

 "Lapangkanlah dada kami, terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan. Ya Allah Ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang soleh dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana."

AMIN...Air mata tak henti mengalir.
Kami berpelukan..menangis di atas mataf.
Mak dan abah kami peluk dan cium.

Alhamdulillah...
Syukur..Gembira..
Terima kasih Allah..Engkau sungguh baik kepada kami..

Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu..

Keheningan mataf kala malam hari.
"Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha esa. Tiada sekutu baginya. Kekuasaan juga baginya dan segala puji bagiNya. Dia yang menghidupkan dan mematikan. Dan Dia amat berkuasa atas segala sesuatu."

Begitulah selesainya tawaf kami buat kali pertama.
Perasaan indah yang takkan dilupakan selamanya. Aku yakin perasaan yang sama juga menyelubungi kalian yang pernah sama berkunjung ke sini menjadi tetamuNya..

Selesai tawaf, perjalanan untuk saie kami teruskan dengan penuh semangat yang baru dicampur rasa insaf dan kehambaan..

(Ketika aku menulis entri ini, mataf sementara ini telah tiada lagi. Ianya telah pun ditanggalkan untuk meneruskan pembinaan projek pembesaran Masjidil Haram. Jadilah ia nostalgia terindah buat jemaah yang pernah meniti di atasnya." Boleh rujuk di sini. http://ceritadarimakkah.blogspot.my/2016/04/apa-istimewanya-mataf-yang-baru-nanti.html?m=1 ) )

Entri di Haramain akan bersambung lagi. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment