LAWATAN SEKITAR MADINAH
Perjalanan hariku pada hari itu bermula di pagi subuh hening di Masjid Nabawi. Ku selak Al-quran seperti biasa. Terasa dititip sebuah pesanan dari Allah Yang Maha Berkuasa.
"Anjuran Allah agar mengadakan perlawatan di muka bumi untuk membuktikan kekuasaan Allah."
Faathir :44..
Memang selepas subuh ini kami akan dibawa melawat ke sekitar Kota Madinah.
Kebetulankah aku membaca ayat in?
Tidak..Kerana aku yakin Allah Maha Mengetahui..

MASJID QUBA
![]() | |
| Pertama kali melihat masjid Quba. Putih. Bersih. |
Perjalanan kami pagi itu bermula dengan ziarah kami ke Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ketika peristiwa penghijrahan rasulullah ke Yathrib atau Madinah ketika ini. Pertama kali melihat masjid ni hati rasa teruja..Cantik, putih, bersih. Langit ketika itu pula biru menyerlahkan lagi aura kesucian masjid ini.
Diceritakan oleh mutawwif ketika Rasulullah tiba di Quba bersama Abu bakar As-siddiq, penduduk Ansar ketika itu telah 3 hari menanti untuk menyambut Rasulullah s.a.w.
Dan bila sampainya Rasulullah, mereka bersyair dengan syair yang kita dendangkan hari ini iaitu:
Dan bila sampainya Rasulullah, mereka bersyair dengan syair yang kita dendangkan hari ini iaitu:
Thola'al Badru 'alaina - Purnama telah terbit di atas kami
Min Tsaniyatil Wada ' - dari arah Tsaniyatul Wada '
Wajaba syukru 'alaina - Kita wajib mengucap syukur
Ma da'a lillahi da ' - Dengan doa kepada Allah semata.
Min Tsaniyatil Wada ' - dari arah Tsaniyatul Wada '
Wajaba syukru 'alaina - Kita wajib mengucap syukur
Ma da'a lillahi da ' - Dengan doa kepada Allah semata.
Subhalllah..
Begitulah istimewanya Rasulullah yang disambut dengan penuh kesyukuran oleh penduduk Madinah ketika itu. Jauh sekali berbeza penerimaannya dengan kaum Quraish di Makkah yang bersungguh-sungguh menghalang usaha dakwah Rasulullah s.a.w.
Terasa hati mula jatuh rasa sayang dengan penduduk kota ini..
Aku tersentuh juga dengan cerita mutawwif yang menceritakan kisah ketika Rasulullah tiba ke Quba ini, sebaik saja Rasulullah sampai bersama sahabat setianya Abu bakar As-Siddiq ketika itu, kaum Ansar yang masih belum mengenali rupa paras Rasulullah berasa ragu yang manakah dia Rasulullah s.a.w.
Abu Bakar sahabat Rasulullah yang setia itu pantas mengerti akan kekeliruan mereka. Ketika saja Rasulullah turun dari tunggangannya, baginda terus saja menaungi selendang yang dipakainya menutupi kepala Rasulullah.
Lantas barulah kaum Ansar mengenali Rasulullah dan menyambutnya penuh kesyukuran..
Subhanallah..
Perkara kecil yang menyentuh hati kecilku.
Begitulah Abu Bakar As Siddiq. Bagaimana pula kita? Adakah kita sebegitu sensitif dan peka dengan apa saja keperluan dan kehendak insan-insan yang kita sayangi..
Masjid Yang Terbina Atas Dasar Taqwa
Begitulah istimewanya Rasulullah yang disambut dengan penuh kesyukuran oleh penduduk Madinah ketika itu. Jauh sekali berbeza penerimaannya dengan kaum Quraish di Makkah yang bersungguh-sungguh menghalang usaha dakwah Rasulullah s.a.w.
Terasa hati mula jatuh rasa sayang dengan penduduk kota ini..
![]() |
| Di perkarangan masjid putih yang dinaungi langit biru. |
Abu Bakar sahabat Rasulullah yang setia itu pantas mengerti akan kekeliruan mereka. Ketika saja Rasulullah turun dari tunggangannya, baginda terus saja menaungi selendang yang dipakainya menutupi kepala Rasulullah.
Lantas barulah kaum Ansar mengenali Rasulullah dan menyambutnya penuh kesyukuran..
Subhanallah..
Perkara kecil yang menyentuh hati kecilku.
Begitulah Abu Bakar As Siddiq. Bagaimana pula kita? Adakah kita sebegitu sensitif dan peka dengan apa saja keperluan dan kehendak insan-insan yang kita sayangi..
Masjid Yang Terbina Atas Dasar Taqwa
Pesan mutawwif ketika itu juga sekali lagi menyentuh hati.
Masjid ini adalah masjid yang terbina atas dasar taqwa. Lebih baiklah kita solat di sini katanya. Kerna banyak masjid pada hari ini bukan lagi tidak terbina atas dasar Taqwa. Hinggakan yang nak bersolat juga memilih masjid berdasarkan keindahan masjid semata.
MasyaAllah..ada benarnya kata itu.
MasyaAllah..ada benarnya kata itu.
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”.
(at-Taubah : 108)
Kami masuk ke dalam masjid dan bersolat tahiyyatul masjid dan dhuha.
Moga kami beroleh pahala satu Umrah. Satu umrah..Subhanallah pemurahnya Allah s.w.t.
Moga kami beroleh pahala satu Umrah. Satu umrah..Subhanallah pemurahnya Allah s.w.t.
Amin Ya Allah..
JABBAL UHUD
Sebelum aku menjejak kaki mengerjakan umrah, seorang yang ku anggap kakak yang sangat aku hormati telah memberi pesanan berkaitan Bukit Uhud.
JABBAL UHUD
![]() |
| Bukit Uhud. Bukit 'menyendiri' - sendirian tanpa bersambung dengan mana-mana gunung lain. |
Bukit Syurga
Sebelum aku menjejak kaki mengerjakan umrah, seorang yang ku anggap kakak yang sangat aku hormati telah memberi pesanan berkaitan Bukit Uhud.
" Ros nanti ke Bukit Uhud jangan lupa mengingati peristiwa gegaran bukit Uhud. Ketika Rasulullah memijaknya, the hill was overjoyed and loved him." pesannnya yang masih ku ingat.
Sebuah riwayat menceritakan, Rasulullah s.a.w pernah menaiki puncak Uhud ini bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah mereka berada di puncak, tiba-tiba terasa Gunung Uhud bergetar.
Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda,

“Diamlah kamu wahai Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.”
Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Begitulah juga sebagaimana hadis yang dibaca di dalam Nota Umrahku.
“Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
(Al-Bukhari dan Muslim)
![]() |
| " Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga." (H.R. Bukhari) |
Subhanallah..Bukankah aku ini sedang menjejak syurgaMu Ya Allah..
Bukit memanah. Bukit yang diduduki 50 orang tentera pemanah dalam Perang Uhud.
|
Diceritakan juga oleh Mutawwif, di bukit inilah Rasulullah s.a.w cedera dan patah giginya ketika peperangan Uhud. Tentera Islam ketika itu hanya berjumlah 700 orang (300 orang Munafik telah berpatah balik ke Madinah kerana hasutan) menentang tentera Quraish yang berganda jumlahnya iaitu 3000 orang.
Erti Kesetiaan
Kisah perang Uhud menyaksikan tentera Islam mendapat kemenangan di awalnya, namun melemah ketika saja mereka mula meninggalkan posisi masing-masing untuk mendapatkan harta rampasan perang dan mengabaikan pesanan Rasulullah supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing walau apa pun yang berlaku. Harta rampasan perang yang ditinggalkan tentera Quraish berjaya membuat mereka lupa akan pesanan Rasulullah itu hingga tentera Islam melemah dan akhirnya mengorbankan 70 orang tentera Islam ketika itu termasuklah bapa saudara Rasulullah sendiri iaitu Sayyidina Hamzah R.A.
Jenazah para syuhada ini dimakamkan berdekatan Jabbal Uhud dan dikhabarkan juga, semasa pemindahan makam 70 orang syuhada ini akibat banjir besar di Madinah, tersebarlah semerbak bau yang sangat harum di bukit ini sehingga ke kota Madinah yang berada kira-kira 7 km dari Bukit Uhud.
Subhanallah..
"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa), di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.
(Ali-Imran : 169)
(Ali-Imran : 169)

No comments:
Post a Comment