Musim haji kembali lagi.
Sayu rasa hati bila Salam Baitullah mula ditayang di TV di malam hari..
Happynyer sampai ke hati bila tengok kawan2 menghantar ibu bapa masing2 ke Terminal Haji.
Teringat beberapa tahun lama dulu, mak dan abah ke sana..
Tumpang bahagia mereka dijemput sebagai tetamu Allah, tapi dalam masa sama ada rasa berat meninggalkan mereka..
Yelah..tempoh sebulan itu lama bagi yang tak pernah berpisah.
Namun tempoh sebulan itu juga sudah cukup untuk membawa hijrah kepada individu yang dijemput Allah ini..
Subhanallah.
Moga kita dijemput ke sana menunaikan rukun Islam ke lima ini. Andai dapat di usia muda alangkah beruntungnya..
Jom doa jom..
"Ya Allah Ya Razaq, Ya Allah Ya Wahhab, rezekikanlah kami menunaikan haji di usia muda Ya Allah.. Amin ya rabbal a'lamin..
Rosya
26 Zulkaedah 1437H
........................................................................................
Jabbal Thur
Ini memang antara tempat yang aku ingin jejaki.Tempat ini mengingatkan aku kisah sahabat Rasulullah yang amat setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kisah penghijrahan Rasulullah ke Madinah akibat tentangan kaum kafir Quraish ketika itu.
Ketika dalam perjalanan, mutawwif menceritakan betapa sahabat ini menitiskan airmata ketika Rasulullah menjemput baginda menemaninya untuk pergi ke Madinah. Menangis bukan kerana sedih atau takut. Tapi menangis kerana terharu menjadi jemputan istimewa dipilih Rasul Allah.
![]() |
| "Nun jauh di atas sana adanya Gua yang menjadi saksi ketabahan Rasulullah dan kesetiaan Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A." |
Ku renung puncak bukit itu..
Mengambil Ibrah kekalutan Abu Bakar ketika tentera Quraish menghampiri gua tempat Nabi dan Abu Bakar bersembunyi. Mereka datang ke sini untuk membunuh Nabi. Gua itu terlalu kecil. Bila-bila masa mereka boleh dilihat..Mundar mandir Abu Bakar bimbang akan nasib mereka.
Namun tenangnya Nabi Allah menegur Abu Bakar. Hingga turunnya Sakinah ke dalam hati sahabat setia itu..
"La Tahzan...Innallaha ma'ana.." Kata Rasulullah penuh tenang..
Terzahir ayat itu dalam kalam Allah pada surah Taubah ayat 40. Ayat favourite aku..Ayat favourite ramai orang kan? Ayat yang memberi ketenangan. Ayat yang memberi harapan.
Apa nak takut..Apa nak sedih..
Kita bukan berdua. Tapi kita bersama ALLAH S.W.T...
Begitulah kata Rasulullah hingga turunnya rasa tenang ke dalam hati Abu Bakar. Subhanallah..
Begitulah kita..
Dalam kekalutan hidup, kesibukan tugas, tekanan permasalahan seharian atau persoalan kehidupan, semuanya kita letakkan di atas bahu kita sendiri. Mahu lakukan semuanya dengan kudrat dan daya upaya kita sendiri. Terlupa untuk menyerah urusan kita kepada Allah..
Lupakah bahawa tiada sebutir zarah pun mampu bergerak tanpa izin dari Allah?
Umrah ini telah memberi nafas baru. Umrah ini juga telah memberi ketenangan..Syukur Alhamdulillah..
![]() |
| "Kami empat beradik berlatar belakangkan Gua Thur. Saksi sebuah ketenangan di atas sebuah kegusaran" |
Ribut Pasir
Antara yang menjadi memori ketika umrah adalah kejadian angin yang kusifatkan seperti ribut pasir ketika aku dalam perjalanan menuju masjid untuk solat Zuhur.Waktu itu kami baru pulang dari rombongan melawat Gua Thur. Kerana mengejar waktu untuk Solat Zuhur, kami memilih untuk tidak naik ke hotel untuk makan. Nak terus ke masjid tapi Mak membantah. Mak nak naik makan terlebih dahulu. Mungkin mak bimbangkan abah lewat makan atau lapar. Tapi abah sebaliknya nak ikut kami berempat beradik. Nak mengejar pahala solat di masjid agaknya.
Mak diam..Mak naik ke Hotel diteman Acho seorang lagi kakakku manakala aku terus mengambil wheelchair mengambil giliran menolak abah. Asu dan Angah bergerak laju takut terlewat.
Ketika aku begerak di tepi bangunan menuju masjid angin mula bertiup kuat. Aku pandang ke atas. Kulihat debu-debu dan sampah mula beterbangan. Dalam hati aku mula risau melihat kren bersepah-sepah sekitar kawasan hotel yang kebanyakannya dalam pembinaan baru..Hati jadi berdebar..
Aku terus menolak abah.
Angin bertiup lebih kuat. Telekung yang ku pakai mula terangkat seperti mahu terbang. Kulihat jemaah wanita kalut memegang pakaian masing-masing. Kelihatan si penjual Quran kalut mengutip quran-quran yang jatuh ditiup angin. Nun di tepi sana kelihatan manusia mula berlari ke tepi-tepi kedai mencari tempat terlindung dari angin.
Aku pegang kemas wheelcahir abah..sambil menjaga telekung supaya tidak terangkat.
Beratnya angin menolak melawan arah. Jubah yang kupakai tidak membantu aku kerana menambah rintangan angin. Kenapalah tak pakai seluar tadi bisik hatiku..
"Ya Allah jaga aib aku Ya Allah..Jagalah Ya Allah.." Doa aku bersungguh dalam hati.
Sekuat hati aku menolak abah ke tepi kedai berhampiran. Terasa nak menangis.
Sampai di tepi aku menarik nafas lega.. Aku berlagak tenang takut abah risau..
Bila angin reda sedikit aku menolak abah sampai ke perkarangan masjid. Tiba-tiba angin bertukar arah dan menolak laju aku dan abah. Aku terdorong ke depan seperti hampir berlari. Meluncur laju di kawasan perkarangan masjid yang licin. Ya Allah..sedaya upaya aku mengawal wheelchair abah bimbang terlepas.
Dalam hati aku terdetik kekesalan.
"Ya Allah..adakah sebab mak aku terasa tadi?"
Dengan daya yang ada aku mengawal dan menolak abah hingga akhirnya aku sampai ke pintu masjid.
"Cantik kawasan mesjid baru ni.." Kata abah tenang sambil memandang jauh struktur masjid..
Aku dengan muka yang masih merah padam menahan panas dan lelah padam seperti mahu tergelak.
Abah..abah..Tak perasan dia agaknya anaknya di belakang ni baru selesai berhempas pulas mengawal kerusi roda..
"A ah Abah..cantik...... " kataku semput menarik nafas.
Abah Oh abah..seketika aku menggeleng kepala sendiri, tersenyum dan lega.
Rasa kelakar bila teringat kembali situasi kalutku menolak abah. Namun sambil itu aku menanam rasa insaf kerana tak ikut cakap mak.
Itulah degil....getus aku menyalahkan diri..
![]() |
| "Pintu masuk masjid King Abdullah Expansion Area, perjalanan rutin setiap hari." |
Gua Hira'
Pada hari ke tiga di Makkah, jemaah Andalusia dipelawa untuk menaiki Gua Hira'. Aku memang telah lama berimpian mendaki Gua ini. Beberapa Gunung di tanah air telah aku daki, masakan aku mahu melepaskan peluang mendaki Gua yang menjadi saksi kekecewaan dan kepasrahan Rasulullah dengan masyarakat Jahiliah satu ketika itu.
Sekitar pukul 11 malam kami menaiki bas ke sana. Di tengah malam gelita, kami berempat beradik menghayun langkah mendaki tangga-tangga ke puncak Jabbal Nur.
![]() |
| "Pemandangan Kota Makkah yang indah dari Jabbal Nur." |
Kami turun sambil menghayati pemandangan indah Kota Makkah pada waktu malam. Syukur aku diberi daya upaya mendaki.
Ya Rasulullah. Pengorbananmu membawa agama ini kepada kami tiadalah terbalas oleh kami. Moga sunnahmu itu mampu kami ikuti. Sekitar jam 2 pagi kami bergerak pulang ke hotel.
Kisah Adik Di Hijr Ismail
Pulang ke hotel dari mendaki jam menunjukkan waktu sekitar 3 pagi. Aku dan adik beradik yang lain nekad untuk mandi dan terus ke masjid untuk menunggu subuh. Bermakna kami takkan tidur terlebih dahulu. Takut terlepas subuh di masjidil haram.Kami terus bersiap ke masjid seperti biasa menolak mak dan abah.
Selesai solat subuh terasa kepala begitu berat. Aku, Angah, Acho, Mak dan Abah cepat-cepat mahu pulang ke hotel. Berpinar rasa semalaman mengguna tenaga untuk mendaki dan langsung tak tidur.
Asu terus baring di atas karpet hijau.
"Asu taknak balik..Asu nak stay sini." Katanya sambil merebahkan diri.
Mak tak terkata apa dengan gelagat si Bongsu.
Ok jaga diri elok-elok.Pesan mak tak menghalang. Kami pulang ke hotel, Asu terus melelapkan matanya di masjid.
![]() |
| "Gelagat meriah si adik yang paling bongsu. :)" |
Sekitar tengah hari Asu pulang ke Hotel.
Ada cerita yang dia simpan dengan kami adik beradik. Hanya pada hari terakhir di sana Asu bercerita pengalaman manis dia bersolat di Hjr Ismail menyebabkan kami adik beradik rasa syahdu dan cemburu.
"Sebenarnya balik dari Gua Hira' hari tu Asu dapat solat dalam Hijr Ismail." katanya dengan wajah berseri.
...........................................................
Pagi tu Asu tidur kat masjid. Lena sampai pukul 8 macam tu.
Asu tengok bawah , terasa nak buat tawaf. Asu ambik handphone, turun ke Mataf sorang-sorang. Asu buat tawaf sunat. Asu lalu kat Makam Nabi Ibrahim. Dapat tengok jelas.
Habis tawaf Asu rasa nak sangat masuk solat dalam Hijr Ismail..Tapi orang penuh. Bersesak.
Takpe. Asu tawaf lagi. Sambil tu Asu dengar radio kat handphone. Zikir Hafiz Hamidon yang Atam bagi tu..
"Hasbunallah wani'mal wakeel..Ni'mall maula wani'mannasir.."
"Cukuplah Allah, sebagai penolong..Dan sebaik-baik pelindung.." ulangkali dengar. Asu sedih jer..
Sambil tawaf sambil Asu doa dapat masuk solat dalam Hijr Ismail. Asu sorang-sorang jalan.
Bila masuk dalam Hijr Ismail, orang himpit-himpit. Tapi Asu masuk jugak. Tiba kat hujung sekali ada ruang kosong. Asu pun solat..Senang jer..Seronok...
Teringat masa Asu kecik-kecik dulu..
Sebelum tidur, Asu selalu berangan nak pegi Mekah. Asu kecik lagi time tu. Apa pun tak tau. Pasal Mekah pun tak tau. Tapi entah kenapa setiap malam sebelum mata lelap, Asu selalu mintak pada Allah, Asu nak pegi Mekah..
......................................................
Kami dengar cerita Si Bongsu sambil menumpang gembira. Rezeki masing-masing..
Syukur Alhamdulillah. Hadir ke sini adalah dengan Rezeki dariNya. Hadir ke sini adalah Jemputan dariNya..
Teringat kembali doa-doaku bertahun. Dapat juga akhirnya aku menjejak kaki ke sini. Lebih istimewa dapat pergi bersama dengan kedua orang tua yang masih sihat adanya.
Mungkin bagi sesetengah yang lain menjejak kaki ke Tanah Haram ini adalah sesuatu yang mudah. Hadir berkali-kali ke sini itu mudah. Namun ada yang sebaliknya. Walau punya kemampuan tenaga dan kewangan yang banyak, masih juga belum direzekikan ke sana.
Semuanya atas panggilan dan jemputan Yang Esa juga.
Syukur padaMu Ya Allah..Terima kasih...Sesungguhnya aku antara yang dipilih..
Alhamdulillah...









No comments:
Post a Comment